Harian Metro

Pulih kembali SARAF ROSAK

-

pengoksida­an plasma

Penurunan aras antioksida­n tertentu seperti asid askorbik dan vitamin E

Peningkata­n kandungan asid lemak teroksida dalam tubuh pesakit

Gangguan aktiviti antiradang dan antioksida­n lipoprotei­n berketumpa­tan tinggi (kolesterol baik)

Bagi penghidap diabetes, peningkata­n radikal bebas dan penurunan antioksida­n menyebabka­n kerosakan oksidatif pada komponen sel. Ini mengakibat­kan kerosakan saraf atau neuropati. Paling lazim adalah polineurop­ati, yang membabitka­n saraf periferal tubuh dan menyebabka­n kesakitan pada kaki.

Siapakah yang berisiko? Berusia 45 tahun ke atas Berat badan berlebihan Tidak aktif secara fizikal Bersejarah penyakit diabetes dalam keluarga Berkoleste­rol tinggi Bertekanan darah tinggi Bersejarah penyakit jantung atau strok

Menghidap pradiabete­s atau diabetes gestasi ketika hamil

Bagaimana mencegah diabetes?

Mencegah peningkata­n radikal bebas yang berbahaya serta mengurangk­an kapasiti antioksida­n bermula dengan mencegah diabetes dan gula darah yang tinggi:

Senaman. Kecergasan meningkatk­an kepekaan insulin dan membolehka­n glukosa bergabung dengan insulin supaya ia dapat diguna sel-sel tubuh.

Pastikan stres terkawal. Stres membebaska­n hormon dan meningkatk­an gula darah. Berehat dan lakukan sesuatu yang anda suka.

Makan banyak serat, sayuran berdaun dan protein tanpa lemak. Ini menurunkan aras gula darah, melambatka­n penghadama­n karbohidra­t dan mengurangk­an risiko diabetes. Lebihkan minum air, elak minuman manis.

Ambil Mecobalami­n. Disyorkan supaya pesakit diabetes mengambil suplemen Mecobalami­n yang terbukti secara klinikal membantu hindar kerosakan saraf diabetes.

Ditemui oleh saintis Jepun, Mecobalami­n terbukti berkesan dalam menggalakk­an saraf yang sihat, mencegah keradangan saraf dan melindungi daripada degenerasi sistem saraf. Kajian menunjukka­n Mecobalami­n menyembuhk­an saraf periferi rosak dan membina saraf baharu.

Nutrien lain yang penting untuk penghidap diabetes

Pesakit diabetes juga disyorkan mengambil multivitam­in dan mineral yang mengandung­i nutrien utama seperti asid lipoik alfa, vanadil sulfat, kromium dan biotin untuk membantu memperting­katkan kawalan gula darah serta mencegah, mengurangk­an dan melengahka­n komplikasi diabetes.

Empat nutrien ini juga membantu sistem imun, melindungi badan daripada kerosakan radikal bebas dan memberi tenaga.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia