Harian Metro

Kempen bijak guna gula

-

Enam jerayawara berkonsepk­an pameran pendidikan dan pemeriksaa­n kesihatan diabetes antara aktiviti anjuran bersama Central Sugars Refinery (CSR) dan Institut Diabetes Negara (NADI), dijadualka­n bermula Januari tahun depan.

Menerusi perjanjian persefaham­an (MoU) antara dua pihak itu, membuktika­n komitmen masing-masing mempromosi­kan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat Malaysia, seterusnya mendidik pengguna mengenai kaedah pengambila­n gula secara bijak.

Ketua Pegawai Eksekutif CSR, Hishammudi­n Hasan menyifatka­n kolaborasi bersama NADI adalah peluang terbaik CSR untuk menggalakk­an pengguna mengambil gula secara bertanggun­gjawab.

“CSR berkongsi visi serupa dengan NADI dalam mempromosi­kan gaya hidup sihat, melawan diabetes serta isu kesihatan yang berkaitan.

“Sejajar dengan peningkata­n risiko kesihatan terutama obesiti dan diabetes, saya berharap kolaborasi ini landasan terbaik untuk CSR bersama-sama melakukan perubahan dalam kehidupan rakyat Malaysia.

“CSR akan bersama-sama menyokong program anjuran NADI, ‘Promosi Gaya Hidup Sihat, Tangani Diabetes’, menerusi siri jerayawara di beberapa lokasi terpilih,” katanya dalam sidang media selepas menandatan­gani MoU terbabit.

Kolaborasi ini membolehka­n CSR dan NADI sama-sama menangani masalah diabetes melalui program serta aktiviti pendidikan termasuk pameran bergerak dan pemeriksaa­n kesihatan membabitka­n masyarakat urban dan di luar bandar.

Selain itu, CSR menaja dua keluaran majalah, NADI Diabetes, setiap tahun, yang antara lain berkongsi tip, panduan serta kawalan optimum penyakit diabetes jenis satu dan dua dengan pembaca.

Pengerusi Eksekutif NADI, Prof Emeritus Datuk Dr Mustaffa Embong mengakui, pihaknya berbesar hati bekerjasam­a dengan CSR bagi menjayakan aktiviti pendidikan kesihatan anjuran NADI.

Katanya lagi, kerjasama CSR secara tidak langsung membantu kerajaan dalam mencegah dan mengenal pasti simptom diabetes pada peringkat awal serta penyakit berkaitan seperti obesiti, tekanan darah tinggi dan masalah jantung seterusnya memberi rawatan sewajarnya.

 ??  ?? BEKERJASAM­A didik pengguna ambil gula secara bijak.
BEKERJASAM­A didik pengguna ambil gula secara bijak.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia