Harian Metro

PUSAT SEHENTI Diabetes

-

Farmasi CARiNG lancar sudut penjagaan di 20 cawangan Lembah Klang

Sempena sambutan Hari Diabetes Sedunia setiap November, Farmasi CARiNG melancarka­n Sudut Penjagaan Diabetes di 20 cawanganny­a di sekitar Lembah Klang sebagai fasa permulaan.

Pengarah Urusannya, Chong Yeow Siang berkata, pengenalan Sudut Penjagaan Diabetes ini seiring dengan sambutan ulang tahun ke-24 Farmasi CARiNG tahun ini.

“Sudut ini adalah pusat sehenti mudah akses produk berkaitan diabetes yang menyasarka­n pesakit diabetes serta mereka yang mahu menguruska­n pengambila­n gula secara sihat bagi menjamin kesihatan masing-masing.

“Pelanggan boleh memeriksa indeks jisim badan (BMI) menggunaka­n kalkulator BMI yang disediakan dan ahli farmasi akan membantu menyusun pelan pemakanan sihat cadangan bersesuaia­n.

“Selain itu, sudut ini berfungsi sebagai ruang pendidikan yang memaparkan maklumat berkaitan diabetes.

“Ahli farmasi juga akan memberi rundingan profesiona­l mengenai pengurusan diabetes mengikut individu,” katanya pada majlis pelancaran buku ‘You Can Live Well With Diabetes’ dan Sudut Penjagaan Diabetes, minggu lalu.

Katanya, penerbitan buku itu mampu memberi manfaat kepada pesakit kencing manis dan bukan pesakit kerana ia dilengkapi fakta berguna dan tip efektif bagi membantu pembaca mencapai tahap kesihatan yang optimum.

Merangkumi topik berkaitan kesan sampingan, pemantauan ubatan, nutrisi mesra diabetes dan rutin senaman, buku terhad ini boleh didapati di semua cawangan CARiNG dengan pembelian RM80 ke atas.

Promosi kesihatan lain termasuk empat ujian glukosa darah pada harga RM10 kepada semua pelanggan serta ujian percuma, HbA1C kepada pesakit diabetes kronik bertujuan mengukur kadar purata glukosa darah.

 ??  ??
 ??  ?? CARiNG melancarka­n buku ‘You Can Live Well With Diabetes’.
CARiNG melancarka­n buku ‘You Can Live Well With Diabetes’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia