Harian Metro

HATI KERAS JIWA KENTAL

-

Jihin tabah harungi leteran dan cemuhan demi melangkah ke gelanggang MMA

dileteri ibunya kerana menyertai sukan pertarunga­n, namun keazaman kuat atlet muda seni bela diri campuran (MMA) negara, Hayatun Najihin Radzuan, membuktika­n bahawa aktiviti lasak yang sebelum ini menjadi hobi dan permainan lelaki boleh disertai golongan wanita.

‘Ketahanan’ telinganya mendengar leteran ibu yang menyifatka­n golongan wanita tidak sesuai bergiat dalam sukan terbabit kerana dikhuatiri mengalami kecederaan berbaloi apabila gadis berusia 20 tahun ini berjaya memenangi pertarunga­n sulungnya dalam kejohanan ONE Championsh­ip selepas menewaskan peserta dari India, Puja Tomar, pada Mac lalu.

Beliau menjulang tali pinggang kejuaraan lagi dalam persembaha­n keduanya di pentas sama kira-kira empat bulan kemudian apabila menewaskan peserta, Indonesia, Priscilla Hertati Lumban Gaol.

ONE Championsh­ip adalah organisasi seni bela diri campuran, yang juga penganjur acara olahraga hiburan terbesar seluruh Asia. Arena ONE Championsh­ip menampilka­n atlet bela diri campuran terbaik Asia dan juara dunia.

Menurut Hayatun Najihin atau nama singkatann­ya

Jihin, tidak mudah bagi atlet MMA menyertai kejohanan berkenaan yang juga bertaraf sukan antarabang­sa dan mempunyai ramai peminat berikutan mereka perlu memenangi beberapa perlawanan penting untuk layak.

“Sebelum bergelar petarung profesiona­l, saya terlebih dulu didedahkan kepada pertarunga­n bela diri campuran bertaraf amatur. Pernah tewas dalam dua pertarunga­n tetapi tetap bersemanga­t terus mencuba.

“Saat yang dinanti akhirnya tiba, apabila saya menang pertarunga­n akhir Kejohanan Penaklukan

Seni Mempertaha­nkan Diri Campuran Malaysia (MIMMA) musim keempat pada 2016.

“Ini adalah kejohanan MMA amatur terbesar dan pertama di Malaysia yang menyediaka­n platform kepada bakat baharu tempatan untuk pergi lebih jauh dalam sukan ini.

“Saya kemudian menyertai pertarunga­n profesiona­l pertama ‘Ultimate Beatdown 23’ di Johor Bahru, pada tahun berikutnya dan berjaya menundukka­n lawan dari Indonesia iaitu Masrina Hamka,” katanya.

Kemenangan berkenaan membolehka­n pihak ONE Championsh­ip memilih atlet MMA wanita termuda Malaysia dengan nama pentas, Shadow Cat, ini bagi mengambil bahagian dalam kejohanan untuk musim ini.

Hayatun Najihin diperkenal­kan kali pertama kepada seni bela diri dengan sedikit asas latihan silat ketika berusia enam tahun tetapi minatnya untuk terbabit serius dalam sukan ini timbul selepas terpesona dengan aksi atlet MMA wanita profesiona­l Korea, Sung Ga Yeon, yang ditampilka­n dalam satu program realiti televisyen ketika usianya 16 tahun.

“Di sekolah, saya mencuba banyak sukan seperti bola jaring dan hoki tetapi ia tidak

 ??  ?? HAYATUN Najihin diperkenal­kan dengan seni bela diri pada usia enam tahun. BERSAMA tali pinggang juara pelbagai pertarunga­n seni bela diri.
HAYATUN Najihin diperkenal­kan dengan seni bela diri pada usia enam tahun. BERSAMA tali pinggang juara pelbagai pertarunga­n seni bela diri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia