MAKSUD BERMUKIM, MASTAUTIN

Harian Metro - - Setempat -

ustaz jelaskan, apakah yang dimaksudkan dengan bermukim dan bermastautin ketika musafir? Berapa hari tempoh musafir boleh melakukan solat jamak dan qasar?

Mie Jitra, Kedah

adalah satu kepayahan. Allah mensyariatkan keringanan dalam solat seperti jamak dan qasar. Ia berbeza dengan mereka yang bermukim dan bermastautin.

Berdasarkan tindakan Rasulullah SAW yang disampaikan Saidina

Anas bin Malik, beliau berkata, maksudnya: “Aku menunaikan solat Zuhur bersama-sama

Nabi SAW di Madinah empat rakaat dan solat Asar di Zulhulaifah dua rakaat.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Terdapat dua jenis menetap di sesuatu tempat, sama ada terus dan tidak berniat untuk berpindah ke tempat lain dipanggil bermastautin.

Manakala mereka yang menetap sesuatu tempat dalam tempoh lama dan berniat untuk pindah ke tempat lain dipanggil bermukim. Bagaimanapun, terdapat khilaf dalam kalangan ulama mengenai tempoh dibolehkan melakukan jamak dan qasar.

Bagi Mazhab AsSyafie, tempoh yang membolehkan seseorang bermusafir tinggal di sesuatu tempat ialah tidak melebihi sehingga memasuki hari keempat iaitu tidak termasuk hari perjalanan pergi atau pulang.

Tiada juga tempoh tertentu untuk jamak dan qasar sepanjang perjalanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.