Harian Metro

Ziarah tempat ibadat orang kafir

-

kecil dulu, orang tua selalu kata kita tidak boleh melihat dengan sengaja tempat ibadat orang bukan Islam kerana hati akan menjadi gelap. Bagaimana jika ada umat Islam pergi melawat dan bergambar berlatar belakangka­n kuil atau gereja?

Imran Senawang, Negeri Sembilan

orang bukan Islam kepada berhala adalah satu pemujaan. Pemujaan itu bercirikan hasutan syaitan atau jin yang mahu menyesatka­n manusia.

Firman Allah menceritak­an perihal iblis yang bermaksud: “Kerana Engkau menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang) mereka dari jalan Engkau yang lurus, kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat).” (Surah al-A’raaf, ayat 16-17)

Dikhuatiri bagi mereka yang lemah iman ketika memandang ke arah sembahan itu akan terkesan, terkena sihir atau tipu daya syaitan.

Sedangkan sembahan itu tidak boleh menyebabka­n mudarat mahupun manfaat.

Terdapat beberapa pandangan ulama mazhab mengenai ziarah atau bergambar di tempat ibadat orang kafir.

Mazhab Maliki dan Hambali mengharusk­an melawat tempat itu.

Bagi mazhab As-Syafie, ia bersyarat dengan tiada patung sembahan. Sebahagian ulama mengharamk­an kerana itu adalah tempat syaitan.

Oleh kerana terdapat pelbagai pandangan, maka ulama meletakkan beberapa garis panduan seperti tidak melawat ketika ada perayaan sebagaiman­a dilarang Saidina Umar.

Dilarang juga melakukan syiar atau cara ibadat seperti sujud dan sebagainya yang boleh menimbulka­n tohmahan dan fitnah.

Seseorang perlu mendapatka­n keizinan, tidak melakukan kerosakan dan penghinaan dalam rumah ibadat berkenaan. Lebih baik jika melawat ke tempat itu dengan menunjukka­n kebenaran Islam kepada mereka.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia