Harian Metro

Ganti puasa arwah ibu bapa

-

cara boleh dilakukan seorang anak jika dia berhajat menggantik­an puasa arwah ibu dan bapanya sekiranya pernah tertinggal? Bolehkah hanya dengan membayar fidyah jika tidak mampu melaksanak­an puasa?

Ayub Ampang, Selangor

beberapa pandangan ulama dalam menetapkan puasa ganti bagi mereka yang sudah meninggal dunia. Ia bukan puasa yang ditinggalk­an kerana uzur ketika hayat arwah kerana puasa itu tidak perlu diganti kecuali dibayarkan fidyah.

Kebanyakan ulama menyatakan, hanya perlu dibayar fidyah sebagai ganti puasa yang ditinggalk­an. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Barang siapa meninggal dunia dan padanya ada puasa Ramadan yang ditinggalk­an, maka hendaklah diberi makan atas namanya sehari seorang miskin (fidyah).” (Hadis Riwayat Tirmizi daripada Ibnu Umar)

Terdapat juga pandangan Imam anNawawi menegaskan dan menyokong pandangan qul qadim (Pandangan Imam As-Syafie ketika di Iraq) yang membolehka­n waris berpuasa bagi pihak arwah.

Sehingga boleh juga mengupah seseorang berpuasa bagi pihak arwah (Kifayahtul Akhyar) sama ada menggunaka­n harta peninggala­n arwah atau waris. Hutang dengan Allah lebih diutamakan untuk dibayar.

Bagi menjernihk­an kedua-dua pandangan itu atau keluar daripada khilaf, waris hendaklah melakukan tindakan berdasarka­n kemampuan dan kelapangan mereka.

Jika mampu melakukan yang terbaik itulah sepatutnya, namun sekurang-kurangnya perlu membayar fidyah sebagai ganti puasa arwah tinggalkan tanpa keuzuran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia