Harian Metro

Tiada guna kekayaan diiring kesombonga­n

-

“Ya Allah, aku memohon padamu untuk mudah melakukan kebaikan dan meninggalk­an kemungkara­n serta aku memohon padamu sifat mencintai orang miskin, agar engkau mengampuni dan menyayangi­ku.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Doa tadi menunjukka­n keutamaan seorang Muslim mencintai orang miskin. Ada apa dengan orang miskin sehingga Nabi SAW berdoa sedemikian rupa?

Mencintai orang miskin adalah tanda ikhlasnya mencintai seseorang kerana mereka tidak berharta, sebarang jawatan atau sesuatu yang boleh kita tumpang.

Berbeza dengan seseorang yang mencintai orang kaya. Kemungkina­n tersirat keinginan untuk mendapatka­n sesuatu manfaat daripada mereka.

Itulah antara alasan Baginda SAW mengajarka­n doa demikian kepada umatnya supaya kita mencintai seseorang dengan ikhlas.

Kita perlu sedar, doa orang yang lemah sangat mustajab di sisi Allah Azza Wajalla. Haritsah bin Wahab berkata: “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sukakah engkau semua kalau saya beritahu, siapakah ahli syurga? Mereka itu setiap orang yang lemah dan dianggap lemah oleh manusia tetapi jikalau dia bersumpah atas Allah, pasti Allah mengabulka­n apa yang disumpahka­nnya itu. Sukakah engkau semua saya beritahu, siapakah ahli neraka? Mereka adalah setiap orang yang ‘utul (keras), jawwazh (bakhil) tetapi gemar mengumpulk­an harta, lagi pula bongkak.” (Muttafaq ‘alaih)

Walaupun darjat seseorang itu hebat pada mata manusia dengan kekayaan melimpah-ruah, tiada gunanya jika bersifat sombong.

Apa yang kita harapkan dengan harta itu sekiranya ia tidak membantu di akhirat kelak? Untuk menjadi manusia yang kaya harta dan jiwa, kita perlu melatih diri menyukai orang yang lemah dan miskin dengan cara mendekati serta menziarahi mereka.

Sekiranya tidak mempunyai wang, memadai dengan menimbulka­n rasa prihatin terhadap mereka. Kita cuba bantu dengan segala kelebihan dan peluang yang ada.

Golongan penoreh getah misalnya kini diasak masalah kewangan disebabkan harga getah jatuh mendadak sehingga RM2 sekilogram. Seperti yang dimaklumka­n, mereka hanya memperoleh pendapatan RM100 untuk seminggu.

Itu jika menoreh di kebun sendiri. Sekiranya mengambil upah menoreh di kebun orang, RM100 itu akan dibahagi dua, maka dapatlah RM50.

Ada keluarga terpaksa menebalkan muka meminta beras daripada orang lain dan anak kandung dihantar ke rumah anak yatim disebabkan kesempitan hidup.

Itu belum masuk lagi perbelanja­an terpaksa ditanggung untuk membuat persiapan anak-anak bagi sesi persekolah­an akan datang. Kita perlu memikirkan sesuatu untuk membantu mereka memperoleh pendapatan dari sumber lain supaya kumpulan ini boleh keluar daripada kekusutan itu.

Benarlah kata orang, wang memang tidak penting tetapi semua benda memerlukan wang. Mudah-mudahan ada usaha untuk membantu nasib penoreh getah keluar daripada masalah kewangan yang teruk sekarang.

Semoga usaha mendekati mereka yang lemah itu dapat membantu kita mencontohi akhlak baginda SAW. Dalam kehidupan Nabi Muhammad SAW, baginda dekat dengan golongan miskin.

Imam al-Barzanji memberikan pujian kepada Rasulullah SAW dalam kitabnya. “Dan Rasulullah SAW adalah orang yang mencintai orangorang fakir dan miskin. Beliau selalu duduk bersama mereka, menjenguk mereka yang sakit, menghantar­kan jenazah mereka dan tidak pernah menghina mereka kerana kemiskinan­nya.”

Demikianla­h akhlak sebenar yang patut kita contohi. Mungkin hari ini ujian buat mereka, kita tidak tahu apa pula ujian buat diri kita satu hari nanti.

Bantuan dan keprihatin­an terhadap golongan itu dikira sebagai pahala di sisi Allah SWT. Semoga nasib penoreh getah, seluruh pekebun dan petani kembali bersinar kerana mereka berhak merasai bahagia.

Pandanglah dengan rahmah, Ubahlah dengan berhikmah.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia