Harian Metro

JIRAN UMPAMA KELUARGA

-

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sembahlah Allah dan janganlah mensyirikk­an-Nya dengan sesuatu dan berbuat baiklah dengan ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang miskin, jiran tetangga yang berhubunga­n dekat atau yang jauh dan rakan teman...” (Surah an-Nisa’, ayat

36)

Dalam ayat berkenaan, Allah menghimpun­kan perintah untuk beribadat kepada-Nya bersama perintah untuk berbuat baik sesama manusia.

Bagi saya, hubungan dengan jiran lebih daripada hubungan kekeluarga­an atau pertalian darah.

Apabila berbicara mengenai jiran, saya teringat dan sangat sukakan kehidupan pada zaman kanak-kanak. Dulu jarang berlapar walaupun kami bukan keluarga kaya.

Jiran tetangga kami kerap berkunjung ke rumah sambil bertukar-tukar juadah. Ratarata jiran saya berbangsa Melayu. Mereka tidak ada rasa jijik hendak memberikan makanan kepada keluarga kami yang bukan beragama Islam.

Ada kala apabila saya demam, jiran sebelah rumah tawarkan diri untuk membawa saya ke klinik. Ketika itu, bapa saya tiada kerana memenuhi tugasnya sebagai anggota tentera di Congo, Afrika.

Sifat saling mengambil berat kebajikan jiran sangat saya rasai ketika itu. Apabila makin meningkat dewasa, semangat kejiranan itu semakin pudar.

Itu terjadi pada diri saya sendiri. Pada awalnya, ia bertujuan untuk tidak mahu terlalu mencampuri hal peribadi jiran sehinggaka­n dikatakan sibuk menjaga tepi kain orang lain.

Ia berbeza pada zaman dulu, apabila ada orang lalu depan rumah walaupun tidak kenal, saya akan sapa mereka seperti, “Acik, apa khabar?”

Sikap dan nilai kejiranan pada zaman sekarang sudah berubah. Rata-rata menyatakan kepenatan bekerja seharian antara sebab mereka jarang bertegur sapa dengan jiran.

Jika terserempa­k dengan jiran di mana-mana pun, mungkin ada yang tidak kenal. Dulu jika ada yang sakit, kita mudah mendapatka­n bantuan jiran. Keluar saja rumah dan ketuk pintu rumah jiran, pasti ada bantuan daripada mereka.

Setiap Muslim sangat dianjurkan berbuat baik dengan jiran sama ada mereka Islam atau bukan Islam. Jiran yang mempunyai hubungan darah mempunyai tiga hak iaitu hak Islam, hak kekeluarga­an dan hak kejiranan.

Jiran Muslim tidak ada hubungan darah pula mempunyai hak Muslim dan hak kejiranan. Bagi yang bukan Islam, mereka tetap ada hak kejiranan. Soal kejiranan itu selalu dipandang sebelah mata kerana kita rasa ia tidak penting.

Kedudukan jiran yang berbeza martabat dan kedudukan, memiliki hak untuk dimuliakan. Aisyah berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhn­ya aku memiliki dua jiran dan kepada yang manakah hendak aku berikan hadiah? Maka baginda bersabda yang bermaksud: “Kepada yang lebih dekat dengan pintu rumah kamu.” (Hadis riwayat Bukhari #2140)

Senyum selalu,

Selalu bersangka baik, Insya-Allah hati tenang.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia