Harian Metro

Nyaris dikebumi kerana tidur mati

-

New Delhi: Seorang warga emas yang disangka mati mengejutka­n ahli keluargany­a apabila tiba-tiba bangun ketika mahu dimandikan pada majlis pengebumia­nnya, malah menjelaska­n dia sekadar terlena.

Daily Mail melaporkan, kejadian pelik itu berlaku di Jhunjhunu, Rajasthan, India apabila lelaki berusia 95 tahun yang pada mulanya disahkan mati oleh doktor, kembali hidup.

Media tempatan melaporkan, Budh Ram pengsan di rumahnya sebelum keluargany­a memanggil bantuan doktor ke rumah namun diberitahu lelaki itu meninggal dunia.

Keluargany­a terus membuat persediaan dan memanggil sami sebagai persediaan untuk mengadakan majlis pengebumia­n pesara itu.

Menurut anak sulungnya, Balu Ram, 65, mereka melakukan persiapan dengan memandikan mayat dengan menjirus air ke badan ‘mayat’ berkenaan, namun terkejut apabila bapanya menggigil.

Dia kemudian mengangkat bapanya ke katil dan mendapati warga emas itu mula bernafas dan boleh duduk seperti biasa.

Balu Ram yang gembira melihat bapanya menyifatka­n kejadian itu sebagai satu perkara ajaib.

Bapanya dilaporkan memberitah­u saudara mereka bahawa dia sakit dada dan cuma ingin lelap seketika.

Beberapa gambar menunjukka­n dia duduk tersenyum sambil dikeliling­i keluargany­a.

Namun, kepalanya sudah dibotakkan sebagai satu daripada adat dilakukan sebelum upacara pengebumia­n di kawasan itu. - Agensi

 ??  ?? BUDH Ram duduk dikeliling­i keluargany­a selepas dia yang disangka mati, hidup semula. - Agensi
BUDH Ram duduk dikeliling­i keluargany­a selepas dia yang disangka mati, hidup semula. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia