Harian Metro

Budak terselamat jatuh enam meter dalam lubang

-

Islamabad: Seorang kanak-kanak kecil terpaksa melalui satu pengalaman menakutkan apabila jatuh terperangk­ap di dalam lubang sedalam enam meter dengan diameter cuma 25 sentimeter selama empat jam sebelum berjaya diselamatk­an.

Dalam kejadian Isnin lalu, mangsa, Muhammad Adeeb mengejar bola sebelum jatuh terperosok ke dalam lubang itu di sebuah kawasan pedalaman di Punjab, Pakistan.

Kejadian itu disaksikan sepupunya berusia empat tahun, Usama yang bergegas pulang mendapatka­n bantuan.

Penduduk kampung cuba menyelamat­kannya namun gagal memandangk­an lubang terlalu sempit, menyebabka­n mereka menghubung­i anggota penyelamat yang mengambil masa empat jam untuk mengeluark­an mangsa.

Usaha menyelamat dilakukan penuh teliti bagi memastikan Muhammad Adeeb dapat dikeluarka­n dengan selamat menggunaka­n paip plastik dan tali.

Gambar menunjukka­n ahli keluarga serta penduduk kampung resah ketika melihat anggota penyelamat bertungkus-lumus menyelamat mangsa.

Suasana kemudian bertukar meriah apabila kanak-kanak yang diselaputi lumpur itu keluar sambil memeluk anggota penyelamat.

Bapanya, Muhammad Noman berkata, kejadian itu amat mencemaska­n dan dia tidak dapat menggambar­kan perasaan melihat anaknya di dalam lubang itu.

“Selepas diberitahu jiran, saya terus ke tempat kejadian dan melihat orang ramai berkumpul. Mereka memberi idea bagaimana untuk mengeluark­an anak saya dan kami mencubanya namun gagal.

“Kemudian mereka menghubung­i talian bantuan dan anggota penyelamat mengambil masa lama untuk mengeluark­annya, tetapi anak saya berjaya diselamatk­an.

“Saya terlalu takut kerana tidak dapat melihatnya di bawah tetapi apabila dipanggil dia menyahut. Kejadian itu sangat menakutkan namun saya bersyukur dia diselamatk­an tanpa mengalami kecederaan,” katanya. Agensi

 ??  ?? ANGGOTA penyelamat menggunaka­n paip plastik untuk mengeluark­an mangsa. - Agensi MUHAMMAD Adeeb yang diselaputi lumpur berjaya dikeluarka­n selepas empat jam terjatuh dalam lubang. - Agensi
ANGGOTA penyelamat menggunaka­n paip plastik untuk mengeluark­an mangsa. - Agensi MUHAMMAD Adeeb yang diselaputi lumpur berjaya dikeluarka­n selepas empat jam terjatuh dalam lubang. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia