Harian Metro

UNGGULI CATATAN MASA

- Reuters

Mercedes kembali mengunggul­i catatan masa pada sesi latihan bebas Grand Prix Brazil awal pagi semalam sekali gus menyaksika­n kemungkina­n mereka mampu memenangi kejuaraan dunia pengeluar Formula Satu buat kali kelima berturut-turut.

Pemandu Finland, Valtteri Bottas yang masih belum menang pada musim dikuasai rakan sepasukan Lewis Hamilton, mencatat masa terpantas satu minit 08.846 saat pada hari mendung di Interlagos dengan sedikit hujan renyai.

Hamilton, yang memastikan kejuaraan pemandu kali kelima di Mexico bulan lalu dengan berbaki dua perlumbaan, hanya dibezakan 0.003 saat pada sesi yang terganggu apabila pemandu Renault, Nico Hulkenberg mengalami kemalangan teruk di selekoh berbahaya Juncao.

“Kereta ini rasa lebih bagus berbanding di Mexico, tapi kami masih menguji beberapa isu. Kepantasan tidaklah terlalu teruk, jadi kami terus berusaha dan bekerja keras untuk meningkatk­annya,” kata Hamilton.

“Amat sengit antara kami di hadapan, tapi saya fikir ada lebih banyak potensi dalam jentera kami, jadi kami perlu cuba untuk memaksimum­kannya.”

Pelumba Ferrari, Sebastian Vettel muncul ketiga terpantas, 0.073 saat di belakang diikuti dua pemandu Red Bull, Daniel Ricciardo dari Australia dan pemandu muda Belanda, Max Verstappen.

“Kereta saya OK tapi tidak begitu bagus jadi masih ada kerja yang perlu dilakukan,” kata Vettel.

Mercedes akan mengekalka­n kejuaraan pengeluar pada perlumbaan awal pagi Isnin ini jika Ferrari gagal mengatasi mereka dengan 13 mata.

Pemenang GP Mexico, Verstappen muncul terpantas pada sesi pembukaan dengan catatan 1:09.011, namun terpaksa diketepika­n pada awal sesi kedua ketika Red

„ Mercedes diramal menangi kejuaraan

dunia kali kelima berturut-turut

Bull mengatasi masalah minyak bocor.

“Mereka fikir ia sesuatu yang mungkin sudah berlaku di Mexico,” kata bos pasukan Christian Horner. “Ia menjejaska­n catatan masanya tapi kami mempunyai beberapa data yang bagus.”

 ??  ?? BOTTAS
BOTTAS
 ??  ?? AKSI Bottas menguji jenteranya ketika sesi latihan bebas Grand Prix Brazil.
AKSI Bottas menguji jenteranya ketika sesi latihan bebas Grand Prix Brazil.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia