Harian Metro

BOATENG DIREHATKAN

- Reuters

Jerome Boateng muncul satu-satunya nama besar yang diketepika­n pengendali Jerman, Joachim Loew bagi aksi antarabang­sa menentang Russia dan Belanda ketika pemain sayap Marco Reus kembali disenaraik­an.

Skuad diberi jolokan Die Mannschaft akan berdepan Russia pada 15 November ini sebelum melayan Belanda empat hari kemudian dalam usaha mengelak penyingkir­an Liga Negara-Negara.

“Saya sudah bercakap dengan Boateng. Saya yakin banyak manfaat akan diperoleh olehnya daripada tempoh rehat ini,” kata Loew dalam laman web Persatuan Bolasepak Jerman (DBF).

“Saya memberitah­unya bahawa kami mempunyai banyak pilihan di posisinya, terutama dengan kehadiran pemain muda.

“Sudah tentu mereka masih perlu membuktika­n yang mereka boleh mencapai tahap Boateng.”

Penggugura­n mengejut Boateng menimbulka­n tanda tanya di Bayern Munich, dengan pengendali gergasi Jerman itu Nico Kovac menyifatka­n ia sebagai ‘sesuatu yang baharu’.

“Ia sesuatu benda yang baharu,” katanya.

“Tetapi itu tidak bermakna dia tidak akan terpilih lagi di masa depan. Saya tidak melihat ia sebagai pengakhira­n karier Boateng.”

Pertahanan berusia 30 tahun itu sudah hampir sedekad beraksi buat Jerman, selain membantu pasukan itu memenangi Piala Dunia 2014.

Reus yang juga kapten Borussia Dortmund pula bangkit daripada masalah kecederaan apabila kembali menyambar tempatnya selepas tampil memukau sepanjang saingan Bundesliga.

Jerman yang dikejutkan dengan penyingkir­an awal Piala Dunia 2018, kini berada di tangga tercorot Liga A Kumpulan 1 dengan satu mata daripada tiga perlawanan di belakang peneraju Perancis dan Belanda, kedua.

„ Loew membawa masuk Reus bagi aksi antarabang­sa menentang Russia dan Belanda

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia