Harian Metro

HENDERSON, KEITA TONIK THE REDS

- Agensi

„ Dua pemain tengah Liverpool kembali pulih daripada kecederaan

Liverpool

Liverpool beroleh motivasi terbaik selepas dua pemain tengahnya kembali pulih daripada kecederaan, kata jurulatih The Reds, Jurgen Klopp.

Kapten pasukan, Jordan Henderson dan pemain baharu, Naby Keita tidak diturunkan pada aksi Liga Juara-Juara bertemu Red Star Belgrade pertengaha­n minggu lalu susulan kecederaan hamstring.

Namun, dua pemain itu kembali cergas dan boleh diturunkan pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) bertemu Fulham, malam ini.

Ini bermakna hanya pemain yang berdepan kecederaan jangka masa panjang, Alex Oxlade-Chamberlai­n yang tidak dapat diturunkan pada aksi di Anfield itu.

“Sangat bagus apabila mereka kembali dan mungkin ini kali pertama semua pemain tengah selain Ox dapat diturunkan.

“Satu lagi perkara yang perlu dibuat adalah memilih pemain yang akan diturunkan dalam kesebelasa­n utama. Semuanya membabitka­n tahap kecergasan dan prestasi, jadi kita perlu melihat siapa yang akan diturunkan.”

Klopp juga percaya Liverpool mampu bangkit selepas dikejutkan dengan kekalahan 2-0 di Serbia, pertengaha­n minggu lalu.

Mereka mahu meneruskan rekod tanpa kalah dalam saingan liga apabila melayan kunjungan pasukan tercorot liga, Fulham.

“Banyak perkara yang berubah daripada musim lalu. Aksi yang mengagumka­n sukar diulangi pada setiap perlawanan namun itu juga tidak berlaku pada musim lalu.

“Kami seharusnya mengutip lebih banyak mata tetapi pemain nampak lebih matang namun tidak pada perlawanan pertengaha­n minggu lalu. Mereka bagus dalam dua aksi sebelum itu.

“Kami bergelut pada aksi di Serbia tetapi ia tidak begitu penting. Saya tidak mahu ia berlaku lagi.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia