Harian Metro

DRAMA ‘KELUAR MASUK’

„ Iskandar keluar BAM, Chong Wei mahu kembali ke gelanggang

-

Banyak betul drama berlaku sepanjang minggu lalu. Pertama, keputusan Iskandar Zulkarnain Zainuddin yang mengambil keputusan berundur dari Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Kedua jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei buat kali pertama tampil pada sidang media selepas menjalani rawatan pemulihan kanser hidung peringkat awal di Taiwan.

Baiklah, biar saya ulas kedua-duanya. Bagi saya keputusan

Iskandar meninggalk­an BAM adalah sesuatu yang merugikan.

Mengapa saya katakan begitu kerana segalagala­nya sudah ada di dalam badan induk itu. Daripada sesi latihan yang rapi sehingga ke sistem sokongan yang lain,

BAM mampu menyediaka­n semua itu berbanding bergerak secara profesiona­l di luar.

Apa yang dimahukan oleh BAM ialah pemain yang ditatang itu perlu membuktika­n kualiti mereka di atas gelanggang dengan meraih kejayaan. Kalau tidak, mana-mana syarikat atau bos pun bengang kalau sudah banyak melabur, tetapi tiada hasil.

Mahu keluar dari BAM kerana sering berdepan tekanan adalah alasan yang sukar untuk saya terima.

Sebagai pemain, saya rasa kita tidak boleh mengelak daripada sebarang tekanan.

Kisah Chong Wei berbeza pula berbanding Iskandar. Selepas menerima dugaan paling sukar di dalam hidupnya, pemain berusia 36 tahun itu bertekad mahu kembali menggegar gelanggang.

Cukup luar biasa! Itu saja yang mampu saya ungkapkan ke atas jaguh negara ini. Kalau orang lain pasti sudah menyuaraka­n hasrat bersara, tetapi tidak untuk Chong Wei.

Sikap inilah yang perlu dicontohi oleh semua pemain negara. Bukan terlalu membanggak­an Chong Wei, tetapi inilah kaliber seorang pemain berstatus dunia.

Apapun tepuk dada tanya selera. Kedua-duanya mempunyai sebab dengan keputusan masing-masing.

Jumpa lagi.

 ?? FOTO: HAZREEN MOHAMAD ?? ISKANDAR tinggalkan BAM. CHONG Wei mahu kembali gegar gelanggang.
FOTO: HAZREEN MOHAMAD ISKANDAR tinggalkan BAM. CHONG Wei mahu kembali gegar gelanggang.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia