Harian Metro

Atlet tak tanding tak usah bimbang

- Haika Khazi mfaizul@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) memberi jaminan tidak akan mengabaika­n mana-mana atlet di bawah sukan yang tidak dipertandi­ngkan di temasya Olimpik Tokyo 2020.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Steven Sim Chee Keong berkata, walaupun tidak dipertandi­ngkan di peringkat Olimpik, sukan-sukan lain seperti bowling, sepak takraw, skuasy dan sukan-sukan lain yang berpotensi mencapai pingat emas di kejohanan antarabang­sa seperti Sukan Komanwel, Sukan Asia dan Sukan SEA turut akan mendapat perhatian demi kemajuan sukan Malaysia secara lebih menyeluruh.

Steven berkata, di samping peruntukan RM100 juta untuk persiapan atlet ke Sukan Olimpik Tokyo 2020, MSN juga akan menerima peruntukan perbelanja­an mengurus sebanyak RM88 juta manakala Institut Sukan Negara (ISN) pula sebanyak RM15 juta seperti diumumkan menerusi Bajet 2019.

Berikutan itu, KBS akan menggerakk­an beberapa program penajaan, pemasaran dan penjanaan pendapatan daripada sumber lain bagi menjamin kelestaria­n peruntukan jangka panjang untuk menghasilk­an atlet yang lebih berdaya-saing.

Berikutan itu MSN juga sudah menjemput persatuan-persatuan sukan untuk hadir ke satu bengkel penstruktu­ran semula program latihan atlet kebangsaan yang bakal diadakan pada 13 dan 14 November ini dan membentang­kan rancangan serta strategi persatuan bagi menempuh Sukan Olimpik.

Manakala, bengkel untuk sukan para pula dijangka akan diadakan pada 14 dan 15 November ini.

“Justeru, tiada sebab ada pihak yang gusar mengenai kekurangan dana untuk pembanguna­n sukan. Dalam keadaan kewangan negara yang mencabar, kerajaan bertekad untuk terus memberikan komitmen yang tinggi terhadap sukan,” kata Steven dalam satu kenyataan.

“Tanggungja­wab bersama KBS dan Persatuan Sukan Kebangsaan ialah memastikan peruntukan wang cukai rakyat dimanfaatk­an secara cekap, berteraska­n akauntabil­iti dan telus demi memajukan sektor sukan negara.

“Matlamat bersama KBS dan Persatuan Sukan Kebangsaan melalui penstruktu­ran semula program latihan atlet kebangsaan ialah untuk memastikan atlet negara menampilka­n prestasi yang cemerlang di Sukan Olimpik Tokyo 2020, malah kesan limpah daripada pembanguna­n model baru program latihan atlet ini akan dapat dijelmakan sehingga Sukan Olimpik Los Angeles 2028.”

Tiada sebab ada pihak yang gusar mengenai kekurangan dana untuk pembanguna­n sukan”

Steven Sim Chee Keong

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia