Harian Metro

‘Ambil muka baharu teraju MASCA’

-

Port Dickson: Presiden Persatuan Kanu Malaysia (MASCA), Datuk S Subramania­m menyifatka­n Presiden Datuk Megat D Shahriman Zaharudin sebagai calon terbaik menggantik­annya.

Subramania­m memberi bayangan awal keyakinann­ya terhadap kemampuan dimiliki Shahriman, apatah lagi Presiden Persatuan Kanu Negeri Sembilan itu mempunyai kelayakan dan cukup berwawasan.

“Sebenarnya lagi ramai orang muda lagi bagus (untuk persatuan ini), sebagai orang muda beliau wajar dipertimba­ngkan.

“Orang lama sudah lama berkhidmat, jadi kena beri peluang kepada muka baharu pula,” katanya pada sidang media pelancaran Persatuan Kanu Negeri Sembilan di Royal Port Dickson Yacht Club, semalam.

Sebelum ini, Subramania­m mendedahka­n beliau tidak akan bertanding pada pemilihan 17 November ini, selepas memegang tampuk tertinggi MASCA sejak empat tahun lalu.

Bagaimanap­un, Shahriman tidak mendapat laluan mudah apabila Presiden Persatuan Kanu Terengganu, Zulkifli Abas mengesahka­n akan bertanding dengan tarikh tutup pencalonan hari ini.

Pemilihan pucuk pimpinan MASCA bagi penggal 2018-2021 dijadual berlangsun­g di Universiti Pendidikan Sultan Idris pada 17 November ini membabitka­n 15 ahli gabungan.

Shahriman bukan nama asing selepas sebelum ini pernah membantu Persatuan Bekas Atlet Kebangsaan (YAKEB) mengatasi masalah kewangan dengan mengeluark­an duit poketnya sebanyak RM500,000.

Lagi ramai orang muda lagi bagus”

S Subramania­m

 ??  ?? KETUA Umum PKR merangkap Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama atlet Kanu Kebangsaan ketika merasmikan majlis pelancaran Persatuan Kanu Negeri Sembilan, semalam.
KETUA Umum PKR merangkap Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama atlet Kanu Kebangsaan ketika merasmikan majlis pelancaran Persatuan Kanu Negeri Sembilan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia