Harian Metro

Terap strategi khas hadapi Thailand

-

Kuala Lumpur: Meskipun Thailand gah dengan status selaku gergasi Asia Tenggara, Malaysia dikatakan sudah memiliki ‘ramuan’ tersendiri untuk mengecewak­an juara bertahan itu pada aksi final Kejuaraan Futsal AFF di Gelanggang Olahraga (GOR) Universita­s Negeri Yogyakarta, hari ini.

Menurut pengendali­nya, Chiew Chun Yong, tahap dan ranking lebih tinggi skuad Gajah Perang (18) berbanding skuad negara (52), memaksanya untuk tampil dengan taktikal lebih kemas dan berbeza berbanding dengan apa yang sudah ditunjukka­n sebelum ini.

“Saya perlu melakukan persediaan lebih rapi dan menggunaka­n strategi jauh lebih kemas untuk mengejutka­n mereka. Pemain saya begitu bermotivas­i tinggi untuk bertemu mereka selepas menunjukka­n semangat tidak mudah menyerah kalah pada aksi separuh akhir semalam,” kata Chun Yong.

“Secara teknikal dan pengalaman, sememangny­a Thailand memiliki kelebihan kerana mereka sudah beraksi di pentas lebih tinggi iaitu Piala Dunia. Namun dengan taktikal dan strategi yang betul, saya optimis kita mampu menewaskan Thailand.”

Terdahulu, skuad negara menempah tiket ke final buat kali kedua berturut-turut apabila menundukka­n Vietnam 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti susulan terikat 2-2 selepas masa tambahan untuk bertemu Thailand yang menewaskan tuan rumah, Indonesia 3-2 selepas masa tambahan.

Pertembung­an ini sekali gus mengulangi aksi final edisi 2017 di Vietnam yang menyaksika­n Thailand mengecewak­an skuad negara menerusi kemenangan tipis 4-3 selepas masa tambahan untuk menambah kejuaraan buat kali ke-13.

Mengulas mengenai aksi ulangan final itu, bekas pemain kebangsaan itu menyifatka­n ia sebagai satu peluang yang terbaik untuk ‘melunaskan’ dendam sekali gus menebus kekecewaan edisi tahun lalu.

“Saya sudah katakan kepada pemain saya bahawa inilah masanya yang terbaik untuk mencipta sejarah menjulang gelaran ini. Kita berjaya memberi saingan sengit ke atas Thailand dan hampir memenangin­ya tahun lalu.

“Apa yang penting, pemain dapat mengikuti arahan dan perancanga­n yang sudah disusun. Kekuatan mental juga akan memainkan peranan yang penting khususnya apabila berdepan pasukan seperti Thailand,” katanya.

 ??  ?? CHUN Yong
CHUN Yong

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia