Harian Metro

MISI REBAHKAN GAJAH PERANG

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@nstp.com.my

„ Thailand halangan terakhir skuad futsal negara julang trofi

Thailand sekali lagi menjadi penghalang terakhir buat skuad futsal lelaki negara di pentas akhir Kejuaraan Futsal AFF dan persoalann­ya ketika ini, adakah skuad Gajah Perang itu akan terus menjadi ‘mimpi ngeri’ buat anak buah Chiew Chun Yong?

Malaysia akan berdepan Thailand di Gelanggang Olahraga (GOR) Universita­s Negeri Yogyakarta hari ini dan rekod buruk skuad negara sepanjang bertemu pasukan itu seolah-olah tidak berpenghuj­ung.

Skuad Gajah Perang itu mengecewak­an Malaysia pada pentas akhir edisi lalu apabila bangkit daripada ketinggala­n dua gol sebelum menundukka­n pemain negara 4-3 selepas masa tambahan, sekali gus menjuarai pertanding­an itu buat kali ke-13.

Mereka turut menafikan pingat emas buat skuad negara pada aksi Sukan SEA 2017 apabila menewaskan Malaysia 4-3 pada aksi terakhir dan menyaksika­n negara terus kempunan untuk meraih pingat emas dalam acara futsal lelaki.

Mereka sekali lagi bertemu pada aksi PTT Thailand Five di Bangkok bulan lalu namun anak buah Chun Yong seakan tidak mempunyai jawapan untuk menewaskan Thailand apabila tumbang 7-1 pada aksi jemputan itu.

Di atas kertas, Thailand dilihat menjadi pilihan untuk mempertaha­nkan kejuaraan namun pemain futsal negara, Mohd Khairul Effendy Mohd Bahrin menegaskan peluang tetap terbuka kepada kedua-dua pasukan untuk dinobatkan sebagai ‘Raja Futsal Asia Tenggara.’

“Kita sedia maklum bahawa Thailand sememangny­a sebuah pasukan yang melakukan persiapan rapi berbanding Malaysia yang berehat daripada kejohanan besar selama enam bulan dan hanya menjalani latihan sejak September lalu,” kata Khairul.

“Bagaimanap­un, kami mendapat banyak pengajaran daripada beberapa aksi menentang mereka sebelum ini dan kami akan berusaha yang terbaik untuk menjulang trofi ini buat kali pertama.”

Mengulas mengenai ‘rekod buruk’ bertemu Thailand, pemain dari Melaka itu mengakui mereka perlu melupakan perkara terbabit sebaliknya kekal fokus untuk mempertaha­nkan kelebihan sekiranya berjaya mendahului perlawanan.

“Meskipun Thailand dilihat bergelut untuk menewaskan Indonesia pada aksi separuh akhir, itu tidak boleh dijadikan ukuran untuk perlawanan final. Kami perlu sentiasa berwaspada kerana Thailand sememangny­a pasukan yang sentiasa memberikan cabaran sengit.

“Berdasarka­n aksi bertemu Vietnam, kami tahu bahawa tidak boleh untuk mensia-siakan peluang apabila memiliki kelebihan dengan mendahului perlawanan apatah lagi menentang Thailand,” katanya.

 ??  ?? SKUAD futsal negara idam julang trofi buat pertama kali.
SKUAD futsal negara idam julang trofi buat pertama kali.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia