Harian Metro

Penyokong Perak mahu MB teraju PAFA

- Muhammad Apendy Issahak apendy@nstp.com.my

Ipoh: Beberapa kelab penyokong bola sepak Perak mencadangk­an Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) yang baharu.

Presiden Die Hard Fanz Perak, Roslan Mat Baharom, berkata, pemimpin nombor satu negeri itu adalah individu yang layak memegang jawatan itu demi masa depan bola sepak Perak.

Katanya, isu yang melanda PAFA sekarang membawa kepada peletakan jawatan presidenny­a, Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim semalam.

Hasnul dikecam teruk akibat caranya mengendali­kan trofi Piala Malaysia selepas Perak memenangi perlawanan akhir menentang Terengganu pada 27 Oktober lalu.

“Presiden PAFA sudah letak jawatan dan mengakui kesilapann­ya, susulan itu kami sebagai penyokong bola sepak Perak sudah berbincang serta bersatu hati mencadangk­an Menteri Besar bagi mengisi kekosongan itu.

“Ini susulan tampuk kepimpinan PAFA ketika ini tidak nampak ‘bayang’ lagi yang sesuai menerajui sukan nombor satu ini,” katanya.

Roslan ditemui dalam sidang media bersama beberapa wakil kelab penyokong

bola sepak Perak antaranya Kelab Peminat Bolasepak Perak, PAFA Fan Club, Ipoh City Fan, Seladang Fan Club, Support Fan of Perak dan wakil daripada kelab penyokong daerah-daerah lain.

Menurutnya, presiden PAFA dari kalangan Menteri Besar bukanlah perkara baharu, tetapi sudah berlaku sebelum ini dan ternyata membawa kejayaan kepada pasukan Perak.

Sementara itu, wakil PAFA Fan Club Gerik, Mohd Shazman Rosli, berkata dengan peletakan jawatan Hasnul diharapkan semua penyokong dapat menghentik­an kecaman dan hadir beramai-ramai di Kuala Kangsar hari ini untuk meraikan kejayaan memenangi Piala Malaysia.

 ?? FOTO: ABDULLAH YUSOF ?? ROSLAN (tengah) bersama wakil kelab penyokong bola sepak Perak, kelmarin.
FOTO: ABDULLAH YUSOF ROSLAN (tengah) bersama wakil kelab penyokong bola sepak Perak, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia