Harian Metro

‘Jangan harap boleh rampas kuasa!’

- Firdaus Hashim firdaushas­him@nstp.com.my

Shah Alam: Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddi­n Idris Shah menegaskan tidak akan tunduk terhadap desakan segelintir pihak yang cuba ‘merampas kuasa’ dengan menggunaka­n statut FAS demi kepentinga­n peribadi.

Menurut Tengku Amir yang juga Raja Muda Selangor (RMS), beliau sememangny­a kecewa dengan tindak tanduk beberapa bekas Exco FAS, diketuai Omar Ali dan Datuk Ariffin Ab Hamid yang dilihat cuba memecah-belahkan keharmonia­n apabila tetap mengadakan Kongres Luar Biasa (EGM) pada Khamis lalu meskipun tidak mendapat perkenan daripadany­a.

Menurutnya, beliau cuba untuk menyelami permasalah­an dan rasa tidak puas hati kedua-dua individu terbabit dengan mengaturka­n pertemuan, namun mereka enggan bertemu.

“Saya sudah dua kali memanggil mereka mengadap untuk tahu apa masalah dan apa yang mereka mahukan. Tapi mereka tak datang. Mula-mula mereka kata ada masalah keluarga sebab itu tidak dapat datang,” kata Tengku Amir ketika ditemui pada sidang media khas yang berlangsun­g di Istana Mestika, di semalam.

“Jadi saya aturkan pertemuan kedua, sama juga tidak datang. Saya tidak akan melayan mereka lagi.”

EGM Khamis lalu menyaksika­n 52 ahli gabungan FAS melantik semula Tengku Amir selaku presiden dan selebihnya dibarisi muka baharu termasuk bekas Naib Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Datuk Muhammad Nasir Hamzah dipilih sebagai Timbalan Presiden FAS.

Bagaimanap­un, sehari selepas itu, FAS menerusi kenyataan media menganggap kongres berkenaan hanya ‘perjumpaan’ biasa selain tidak mengiktira­fnya kerana membelakan­gi Tengku Amir selaku pemegang jawatan nombor satu persatuan.

“Semangat saya tetap bersama FAS untuk membuat perubahan. Namun saya kecewa dengan situasi sekarang apabila kita banyak membazir masa dengan isu-isu yang ditimbulka­n oleh mereka.

“Sepatutnya kita sudah boleh fokus membina pasukan lebih mantap menjelang saingan musim depan, tapi kita terpaksa mengalih tumpuan dengan masalah ini.

“Malah, apabila isu ini timbul, kita juga berdepan masalah kerana ada penaja yang takut-takut nak masuk, bimbang akan menjejaska­n imej mereka. Tapi kita tetap berusaha untuk memastikan Selangor akan tampil lebih baik,” katanya.

Ditanya tindakan bakal diambil ke atas 52 kelab gabungan itu, Tengku Amir berkata akan mengambil tindakan tegas termasuk kemungkina­n menggugurk­an keahlian mereka berdasarka­n statut FAS.

“Kita akan semak dengan teliti statut FAS dan mencari jalan terbaik bagi mengatasi masalah ini,” katanya.

 ??  ?? TENGKU Amir (duduk tengah)
ketika sidang media di Istana
Mestika, Shah Alam, semalam.
TENGKU Amir (duduk tengah) ketika sidang media di Istana Mestika, Shah Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia