Harian Metro

TIADA TEKANAN

- Farah Azharie farahazhar­ie@nstp.com.my

„ Anugerah ABK tak ganggu hasrat Safawi robek gawang Laos

Biarpun menerima tiga gelaran di Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) termasuk trofi Pemain Paling Bernilai (MVP), Safawi Rasid enggan menjadikan faktor itu sebagai tekanan kepada dirinya ketika turun beraksi bersama skuad Harimau Malaysia sepanjang kempen Piala AFF.

Pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT) berkata, apa yang penting bukan dirinya seorang, malah semua pemain lain harus bermain secara berpasukan dan bersungguh-sungguh bagi memastikan skuad kebangsaan kembali mencatat kejayaan seperti 2010.

“Saya adalah orang yang sama, saya akan melakukan dengan cara sama, saya akan bermain dengan cara sama dan masih memerlukan sokongan rakan-rakan, pasukan dan jurulatih. Tiada apa yang berbeza,” katanya.

Safawi, 21, berkata, skuad kebangsaan juga perlu melihat kembali segala kelemahan dan teknik yang dipelajari ketika latihan namun gagal dipraktikk­an dalam perlawanan sebenar, sekali gus menyaksika­n Harimau Malaya hanya merakam kemenangan tipis 1-0 ke atas Kemboja dalam aksi pembukaan Kumpulan A Piala AFF, sebelum ini.

“Kami juga melakukan banyak kesilapan mudah. Saya rasa kami jarang membuat hantaran pendek. Semasa sesi latihan kami banyak berlatih menggunaka­n hantar pendek, namun pada kali ini (dalam perlawanan menentang Kemboja, Khamis lalu) tersekat di kaki dan sukar untuk dikawal,” katanya.

Penerima Anugerah Pemain Tengah Terbaik dan Pemain Muda Harapan berkenaan menegaskan kemenangan ke atas Laos amat penting dan dia menjangka aksi menentang Vietnam pada 16 November ini amat sukar kerana bermain di tempat lawan.

“Kita perlu menang kerana selepas itu kita akan menghadapi perlawanan menentang Vietnam di tempat lawan dan sukar untuk kita mendapatka­n keputusan baik, tetapi kami akan tetap melawan dan cuba sedaya untuk mendapatka­n mata.

“Mereka adalah pasukan pilihan, jadi kita tidak boleh ambil mudah dan cuba sedaya upaya untuk menewaskan mereka,” katanya.

Malaysia akan bertemu Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok selepas mencatat kemenangan

1-0 ke atas Kemboja pada Khamis lalu, manakala Laos pula ditewaskan Vietnam

0-3.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia