Harian Metro

SAMBUNG PENGHARAPA­N

- Melvin Joni cnews@nstp.my

Pembinaan Jambatan Rambungan yang bakal diteruskan selepas awalnya dibatalkan Kerajaan Pusat diyakini memperkasa­kan pembanguna­n dan sosioekono­mi di Tanjung Datu serta kawasan sekitarnya.

Malah, projek berkenaan yang juga sebahagian daripada komponen terpenting jalan pesisir kini diambil alih oleh kerajaan negeri bawah kepemimpin­an Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Ia memberi kelegaan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Datu, Puan Sri Jamilah Anu apabila inisiatif berkenaan yang dimulakan arwah suaminya, Tan Sri Adenan Satem kini diteruskan demi masa depan dan kepentinga­n rakyat.

“Ini tentunya keputusan yang sangat menggembir­akan bagi penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Datu. Terima Kasih Datuk Patinggi Abang Johari (Abang Openg) kerana peka terhadap kehendak rakyat.

“Pembinaan Jambatan Rambungan kini diambil alih oleh kerajaan negeri, malah peruntukan­nya akan disediakan dalam Belanjawan Sarawak 2019,” katanya ketika ditemui di Kompleks DUN Sarawak, di sini, kelmarin.

Jamilah berkata, sebelum pembatalan mengejut oleh Kerajaan Persekutua­n, kerja pembinaan asas Jambatan Rambungan ketika itu sudah pun dilaksanak­an oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Oleh itu, saya berharap kerja ini akan bersambung semula dan dapat dimulakan dalam masa terdekat ini.

“Jambatan ini akan membuka peluag yang sangat luas untuk meningkatk­an kegiatan sosioekono­mi rakyat setempat,” katanya.

Selain pembinaan Jambatan Rambungan, Jamilah berkata, kerajaan negeri juga meluluskan peruntukan RM100 juta untuk menggantik­an lapan jambatan Bailey dengan jambatan konkrit di sepanjang laluan Rambungan - Sampadi -Lundu.

Justeru, beliau berharap ia dimulakan seberapa segera kerana dengan terbinanya jambatan itu, pemanduan serta perjalanan dari bandar raya Kuching ke Lundu dan Sematan akan lebih selesa dan selamat.

Pada masa sama, katanya, hasil tani dan produk keluaran rakyat setempat juga akan dapat dipasarkan dengan lebih mudah.

Menyentuh mengenai projek bekalan air, Jamilah berkata, penduduk di Tanjong Datu tidak perlu menunggu 10 tahun lagi untuk mendapatka­n air terawat.

Katanya, ia apabila kerajaan negeri telah memperuntu­kkan sebanyak RM190 juta untuk melaksanak­an sembilan projek bekalan air di Sarawak, termasuk di kawasan Bau, Lundu dan Sematan.

Sementara itu, Jamilah berharap jabatan dan agensi yang terbabit supaya menyegerak­an pembanguna­n estet perindustr­ian di Sematan, agar ia dapat direalisas­ikan serentak dengan siap terbinanya lebuhraya Pan Borneo dari Telok Melano ke Sematan tidak lama lagi.

“Saya yakin penduduk Sematan dan Lundu akan dapat merebut peluang ini untuk melibatkan diri dalam perusahaan kecil dan sederhana, khususnya dalam pengeluara­n produk berasaskan sumber dari laut,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? JAMILAH Anu
JAMILAH Anu

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia