Harian Metro

Banyak aktiviti disedia bantu kanak-kanak OKU

-

Kota Kinabalu:

Kerajaan Sabah komited menyediaka­n lebih banyak aktiviti untuk kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) bagi mendedahka­n mereka kepada masyarakat demi kesejahter­aan golongan berkenaan di negeri itu.

Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat Sabah, Datuk Stephen Wong Tien Fatt menyifatka­n langkah berkenaan penting agar kanak-kanak OKU dapat menjadi orang yang aktif dalam masyarakat.

Beliau berkata, penganjura­n program yang inklusif di seluruh negeri juga dapat memperting­katkan kesedaran berkaitan pandangan serong serta diskrimina­si yang sering dihadapi kanak-kanak OKU.

“Kita dalam misi mengubah hati mahupun minda masyarakat supaya lebih terbuka dan menerima serta menyokong golongan istimewa ini.

“Satu daripada pendekatan­nya ialah penganjura­n program siri jelajah menjelang tahun hadapan. Antara pengisian program itu nanti ialah peraduan futsal, catur, reka cipta fesyen kitar semula, bengkel muzik serta bengkel seni dan kraf.

“Program itu berlangsun­g di seluruh negeri bermula di Kota Kinabalu kemudian Kota Marudu, Sandakan dan Keningau,“katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Karnival OKU sempena Sambutan Hari OKU Peringkat Negeri 2018, yang disampaika­n Setiausaha Politik beliau, Phoong Jin Zhe di sini, semalam.

Program sehari itu dihadiri lebih 500 pengunjung terdiri daripada kanak-kanak OKU, ibu bapa, guru dan penjaga.

Antara objektif penganjura­n karnival itu ialah untuk mewujudkan suasana inklusif untuk kanak-kanak istimewa bermain, belajar dan bergaul bersama sambil meraikan kepelbagai­an serta semua jenis keupayaan.

Dalam pada itu, Tien

Fatt meminta kerjasama semua pihak termasuk Tabung Kanak-kanak Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu (UNICEF), pertubuhan sukarela, sektor korporat dan badan bukan kerajaan (NGO) bekerjasam­a merancang dan menyediaka­n pelbagai program serta kemudahan untuk golongan OKU di Sabah.

 ??  ?? PHOONG (dua kanan) meninjau aktiviti dan pameran Karnival OKU sempena Sambutan Hari OKU Peringkat Negeri Sabah 2018, semalam.
PHOONG (dua kanan) meninjau aktiviti dan pameran Karnival OKU sempena Sambutan Hari OKU Peringkat Negeri Sabah 2018, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia