Harian Metro

Inisiatif TDLM jadi model negara luar

- Ekhwan Haque Fazlul Haque ekhwan@nstp.com.my

Pendekatan menempatka­n pangkalan laut di perairan timur Sabah dan inisiatif rondaan tiga negara menerusi Perjanjian Kerjasama Trilateral (TCA) dilaksanak­an Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dijadikan model negara luar mengukuhka­n keselamata­n perairan masing-masing.

Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzam­an Ahmad Badaruddin berkata, keadaan itu membuktika­n inisiatif berkenaan menjadi penanda aras meningkatk­an keselamata­n maritim di perairan negara.

Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Petra Jaya, semalam kecoh selepas Jawatankua­sa Pemilihan Parti (JPP) didakwa menunda tarikh pemilihan ke hari ini pada saat akhir.

Calon Ketua Cabang Petra Jaya, Iswardy Morni berkata, notis mengenai penukaran tarikh pemilihan hanya diketahui menerusi laman web rasmi parti jam 10.30 malam, kelmarin.

Menurutnya, tindakan penukaran saat akhir ini ternyata mengundang rasa tidak senang 1,500 pengundi cabang itu yang sudah berada di pusat pemilihan di Dewan Hotel Sri Liny, Jalan Haji Taha, seawal jam 7 pagi semalam.

“Apa yang berlaku dilihat sebagai konspirasi terancang individu yang mahu mengekal jawatan sebagai Ketua Cabang dengan pihak tertentu seperti JPP bagi menukar tarikh saat akhir.

“Mengapa saya sebagai calon Ketua Cabang tidak dimaklumka­n penukaran tarikh itu dengan lebih tersusun? Penukaran saat akhir hanya menyebabka­n pengundi hilang kepercayaa­n seterusnya tidak turun mengundi,” katanya.

Beliau berkata, Rabu lalu, beliau menerima utusan

daripada rakan memaklumka­n tarikh pemilihan Cabang Petra Jaya ditukar ke Ahad tanpa ada sebarang maklumat rasmi daripada JPP.

Katanya, beliau kemudian menghantar surat bantahan kepada JPP kerana bertindak sedemikian sebelum tarikh pemilihan ditukar semula kepada semalam.

Namun, katanya, pada jam 10.30 malam kelmarin, tarikh itu ditukar lagi ke hari Ahad tanpa sebarang notis awal daripada JPP selain menyukarka­n jenteranya memaklumka­n kepada pengundi.

“Saya membuat laporan polis di Balai Polis Simpang Tiga hari ini kerana mahu Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat sekiranya wujud elemen salah guna kuasa dalam Cabang Petra Jaya dan JPP.

“Saya juga mendesak JPP memohon maaf kepada pengundi di Cabang Petra Jaya kerana sewenang-wenangnya menukar tarikh dan mendakwa bilang tab yang akan digunakan tidak mencukupi sebagai alasan,” katanya.

 ??  ?? ISWARDY bersama ahli PKR membuat laporan polis mengenai JPP yang menukar tarikh pemilihan pada saat akhir.
ISWARDY bersama ahli PKR membuat laporan polis mengenai JPP yang menukar tarikh pemilihan pada saat akhir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia