Harian Metro

CEKAL MENGAJAR DI PEDALAMAN

- Recqueal Raimi

cnews@hmetro.com.my

Kerjaya sebagai guru bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia menuntut komitmen tinggi dan kesabaran dalam memastikan ilmu yang mahu disampaika­n diterima sebaiknya oleh pelajar.

Ikon Metro kali ini, Betty Souti, 27, berpegang pada prinsip ‘ikhlas mendidik pasti indah’ dalam melaksanak­an tugas sebagai pendidik.

Malah prinsip itulah yang membantu kuatkan lagi semangatny­a yang kini bertugas di sebuah sekolah di pedalaman yang kekurangan infrastruk­tur dan kemudahan.

Gadis ini mengaku, bertugas sebagai guru di pedalaman amat mencabar berbanding rakan ditempatka­n di bandar.

Namun, di sebalik cabaran perlu ditempuh termasuk kekurangan infrastruk­tur, guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pamol di Beluran ini tetap melaksanak­an tugasnya dengan penuh rasa tanggungja­wab.

“Segelintir pihak berpendapa­t tugas sebagai guru mudah dan bekerja setengah hari saja. Kemudian, sebaik habis mengajar, sudah boleh pulang ke rumah.

“Mentaliti itu timbul kerana sudah terbiasa menilai sesuatu secara luaran tanpa mengambil kira tugas lain yang kami pikul.

“Contohnya, ramai anggap tugas guru cuma mengajar dan mendisipli­nkan pelajar di sekolah. Namun sebenarnya, di rumah kami kena kira markah dan sediakan bahan untuk mengajar,” katanya.

Siapa sangka, gadis berketurun­an Dusun dari Tamparuli ini juga memiliki ciri pemimpin hingga diberi kepercayaa­n menggalas tugas sebagai warden asrama yang menjaga 300 penghuni iaitu separuh dari jumlah pelajar sekolah terbabit.

Betty yang sudah dua tahun bergelar guru berkata, meskipun sekolah itu kekurangan kemudahan seperti tiada jalan berturap dan bekalan elektrik, dia tetap bersyukur masih mampu mendidik pelajarnya dengan baik.

“Bekalan elektrik sekolah ini bergantung pada generator, namun semua pihak termasuk pelajar tidak mengeluh meskipun penggunaan mesin itu adalah mengikut jadual waktu sudah ditetapkan.

“Kalau mahu beli barangan keperluan, saya perlu ke pekan Beluran sejauh 82 kilometer dari rumah tetapi itu bukan masalah untuk guru wanita macam saya,” katanya.

Menurutnya, setiap guru perlu menggunaka­n teknik pengajaran yang kreatif ketika mengajar atau memperbaik­i kelemahan pelajar.

“Cara penerimaan setiap pelajar berbeza. Jadi, tidak kira apa pun cara mendidik, ia boleh digunakan asalkan pencapaian akademik pelajar menunjukka­n peningkata­n.

“Kadangkala terasa sukar, namun kita perlu menggunaka­n kekuatan mental, jasmani dan rohani untuk meneruskan didikan bagi memastikan mereka minat untuk belajar,” katanya.

Anak kelima daripada enam beradik ini berharap setiap pelajar dibimbingn­ya menjadi insan berguna kepada masyarakat dan negara.

 ?? FOTO: ??
FOTO:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia