Harian Metro

Ingin berjaya seperti Aiman Tino

- Khalid Latip metahad@nstp.com.my

suara dan wajah seiras selebriti terkenal Aiman Tino, menyebabka­n anak muda ini menjadi perhatian setiap kali muncul di depan khalayak ketika menyertai pertanding­an atau menghadiri program tertentu.

Anak jati Sarikei ini berkata, dia kerap disapa orang ramai di sekeliling yang menyangka dia adalah Aiman Tino, namun baginya semua itu hanya kebetulan.

Pada usia belasan tahun, Afiff Syafiee Buang, 18, sudah meraih pelbagai kejayaan sekali gus, melonjakka­n namanya sebagai penggiat seni paling aktif di kawasan tengah Sarawak.

Dia yang mula aktif dalam bidang seni sejak di bangku sekolah berkata, antara pencapaian diraih setakat ini adalah Anugerah Pelakon Terbaik Lelaki Peringkat Negeri (Tempat Ketiga Drama Komsas 2017).

Afiff juga diumumkan naib juara pertanding­an kombo peringkat bahagian 2016, johan kombo peringkat bahagian 2017, johan Sarikei Idol 2018 dan dipilih pemenang ketiga ketika menyertai Pertanding­an Melayu Asli 2018.

Sewaktu menyertai program Bintangor Got Talent 2018 (Mimik Idol - Aiman Tino) pula, dia mendapat tempat kedua dan juara Drama Komsas Peringkat Bahagian Sarikei 2017.

“Tak kesah kalau ada orang kata wajah saya seiras Aiman Tino, jika ada persamaan sekalipun, itu sudah menjadi perkara biasa. Tidak dinafikan akan ada orang lain yang seiras kita di dunia ini.

“Bagaimanap­un, seperti orang lain, saya juga hanya manusia biasa yang ada kelebihan dan kelemahan tersendiri,” katanya.

Realitinya, Afiff mengakui perlu menempuh pelbagai pahit maung sebagai anak seni dan bersedia untuk mengharung­i apa juga cabaran mendatang.

Katanya, dia bergiat dalam bidang itu tidak sekadar mahu mengikut trend terkini, apatah lagi mengejar populariti sebaliknya mengingink­an cabaran dan menyuburka­n seni budaya yang diwarisi sejak zaman berzaman.

“Namun, saya tidak meletak harapan terlalu tinggi dalam bidang seni sebaliknya menjadikan­nya sebagai pilihan kerana minat. Lagipun, ia menjadi jambatan untuk saya melangkah lebih jauh.

“Saya sungguh bertuah kerana mendapat sokongan padu ibu bapa selain bimbingan Midya Hasdy Molyadi yang saya anggap sebagai mentor dan guru dalam bidang ini,” katanya.

Bagi membina keyakinan diri, Afiff juga menjadikan beberapa selebriti lain sebagai inspirasi baginya untuk terus berjaya.

“Saya menjadikan Beto Khusyairy dan Remy Ishak bagi mendapat inspirasi dalam bidang lakonan. Bagi nyanyian pula saya pilih Aiman Tino dan Haqiem Rusli.

“Kejayaan mereka hari ini adalah hasil usaha gigih dan dari situ jugalah saya menjadikan mereka sebagai inspirasi,” katanya.

 ?? FOTO ?? Betty Souti
Umur: 27 tahun
Lahir: 26 Disember 1991 Etnik: Dusun
Asal: Tamparuli
Agama: Kristian
Tinggi: 153 sentimeter Berat: 58 kilogram Kerjaya: Guru di SMK Pamol, Beluran Kelulusan: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Malaysia dengan Pendidikan UPSI Hobi: Membaca dan menanam bunga
PROFIL
Afiff Syafiee Buang Lahir: 12 Februari 2000 Usia: 18 tahun
Asal: Sarikei, Sarawak Etnik: Melanau
Agama: Islam
Berat: 49.5 kilogram Tinggi: 161 sentimeter Kelulusan: Sijil Pelajaran Malaysia
FOTO Betty Souti Umur: 27 tahun Lahir: 26 Disember 1991 Etnik: Dusun Asal: Tamparuli Agama: Kristian Tinggi: 153 sentimeter Berat: 58 kilogram Kerjaya: Guru di SMK Pamol, Beluran Kelulusan: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Malaysia dengan Pendidikan UPSI Hobi: Membaca dan menanam bunga PROFIL Afiff Syafiee Buang Lahir: 12 Februari 2000 Usia: 18 tahun Asal: Sarikei, Sarawak Etnik: Melanau Agama: Islam Berat: 49.5 kilogram Tinggi: 161 sentimeter Kelulusan: Sijil Pelajaran Malaysia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia