Harian Metro

SIMPANG SEKOLAH BERBAHAYA

- Erika George cnews@nstp.com.my

Kemalangan yang kerap berlaku di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kemena, di sini, perlu diberikan perhatian segera oleh pihak berkuasa.

Dalam kejadian terbaharu 23 Oktober lalu, dua remaja perempuan yang juga pelajar tingkatan empat dan lima SMK Kemena dilanggar kereta dipandu wanita berusia 60 tahun.

Difahamkan, sudah lima kemalangan termasuk membabitka­n dua remaja perempuan berkenaan berlaku di hadapan sekolah itu tahun ini.

Davy Juan, 37, yang kerap memandu di Jalan Pesisir Pantai Jepak-Kuala Tatau itu berkata, dia sendiri hampir melanggar pelajar sekolah terbabit dalam beberapa kejadian sebelum ini.

Katanya, kegagalan pelajar yang menunggang motosikal memberikan isyarat ketika membelok masuk ke simpang sekolah menyebabka­n kemalangan nyaris berlaku.

“Perbuatan sedemikian amat dikesali kerana tidak saja membahayak­an nyawa saya atau pemandu lain, sebaliknya pelajar itu sendiri yang tidak memberi isyarat untuk membelok.

“Saya harap pihak yang berkenaan ambil langkah proaktif bagi mengelakka­n kemalangan yang dilaporkan kerap berlaku di hadapan sekolah terbabit,” katanya.

Selain sikap pengguna yang mengabaika­n aspek keselamata­n termasuk tidak mematuhi had laju, keadaan jalan lurus dan beralun juga dipercayai antara faktor kemalangan.

Hakikatnya, Jalan Pesisir Pantai Jepak-Kuala adalah laluan sibuk kerana menghubung­kan Mukah dan Sibu serta menjadi pilihan pengguna sejak pembukaan Jambatan Kuala Tatau, tahun lalu.

 ??  ?? KEMALANGAN berhampira­n SMK Kemena membabitka­n kenderaan dipandu guru sekolah
berkenaan.
KEMALANGAN berhampira­n SMK Kemena membabitka­n kenderaan dipandu guru sekolah berkenaan.
 ??  ?? LALUAN di persimpang­an
masuk ke SMK Kemena kebelakang­an ini titik panas nahas trafik.
LALUAN di persimpang­an masuk ke SMK Kemena kebelakang­an ini titik panas nahas trafik.
 ??  ?? DUA pelajar SMK Kemena
terbabit kemalangan
bulan lalu.
DUA pelajar SMK Kemena terbabit kemalangan bulan lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia