Harian Metro

Kurang kesedaran etika di jalan raya

-

tidak memakai topi keledar malah penunggang gagal memberikan isyarat untuk membelok ke simpang sekolah.

“Perkara seperti inilah yang perlu diberikan perhatian, mereka yang belum layak memohon atau tiada lesen, tidak seharusnya dibenarkan menunggang atau memandu kerana tak faham undang-undang jalan raya,” katanya.

Katanya, bagi mengelakka­n dan mengurangk­an kadar kemalangan di kawasan berkenaan, pihak berkuasa sudah memasang papan tanda had laju.

Selain itu, bagi menambah keselesaan dan langkah keselamata­n, laluan pejalan kaki juga sudah disediakan.

“Jadi, masalah utama sekarang yang perlu diberi perhatian adalah sikap, ini membabitka­n pelajar, ibu bapa dan penjaga.

“Ibu bapa atau penjaga dinasihatk­an agar tidak menggalakk­an anak mereka menunggang atau memandu ke sekolah. Jangan benarkan mereka mengendali­kan kenderaan kalau belum ada lesen,” katanya.

Berikutan itu, JSPT

IPD Bintulu akan melancarka­n Op Motosikal bagi mengesan pelajar yang menunggang atau memandu tanpa lesen.

“Tindakan bukan saja terhadap pelajar dikesan melakukan kesalahan, malah ibu bapa dan penjaga mereka juga akan dikenakan tindakan.

“Pihak berkuasa boleh ambil tindakan terhadap ibu bapa atau penjaga kerana membiarkan remaja berkenaan mengendali­kan kenderaan meskipun tidak ada lesen,” katanya.

 ??  ?? JEFFERY
JEFFERY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia