Harian Metro

PARTI LAKNAT

- Yusmizal Dolah Aling yusmizal@hmetro.com.my Rumah berkenaan disewa khusus untuk pesta itu dan penganjur mengenakan sejumlah bayaran kepada peserta” Haris Kasim

Tanda tanya penduduk mengenai kehadiran ramai lelaki di sebuah apartmen terjawab selepas serbuan pihak berkuasa agama menemui sebahagian mereka dalam keadaan bogel dipercayai terbabit dalam aktiviti seks songsang. Seramai 16 termasuk 13 lelaki Islam ditahan dalam acara eksklusif atas jemputan peribadi dengan sejumlah bayaran. Dua daripada mereka turut mengaku positif HIV, lapor Yusmizal Dolah Aling

„ 16 peserta pesta gay ditahan dalam serbuan JAIS

Kuala Lumpur

Sekumpulan lelaki sedang leka berhibur dalam keadaan bogel ketika lokasi mereka berpesta di sebuah apartmen dua tingkat di Bandar Baru Bangi, Selangor diserbu sepasukan pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), jam 10.15 malam kelmarin dipercayai terbabit dalam aktiviti seks songsang.

Hasil semakan pegawai JAIS mendapati hanya tiga daripada 16 peserta pesta gay itu berusia 18 hingga 30 tahun ditahan bukan beragama Islam.

Difahamkan, serbuan itu dilakukan JAIS hasil maklumat diterima daripada orang awam sejak beberapa minggu lalu berhubung penganjura­n pesta lelaki songsang di premis terbabit.

Pengarah JAIS Datuk Haris Kasim berkata, seramai 50 anggota penguat kuasa terbabit dalam operasi berkenaan yang diketuai Ketua Pegawai Penguatkua­saan Agama Mahdi Al Hilmy Arshad dan dibantu Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Beliau berkata, ketika serbuan dilakukan, semua lelaki terbabit sedang berpesta dan ada yang sedang berbogel beramai-ramai di tingkat atas premis berkenaan.

“Ia adalah parti eksklusif untuk gay yang terhad kepada jumlah tertentu saja. Pemantauan JAIS mendapati mereka berkomunik­asi menggunaka­n aplikasi WeChat bagi mengelakka­n kegiatan songsang itu dikesan pihak berkuasa.

“Rumah berkenaan disewa khusus untuk pesta itu dan penganjur mengenakan sejumlah bayaran kepada peserta.

“Antara barang yang disita termasukla­h ubat kuat atau pil perangsang, kondom, pelincir, cincin zakar dan seluar dalam. Semua mereka dibawa ke ibu pejabat JAIS untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, hasil daripada rakaman percakapan dua daripada lelaki yang ditahan mengaku positif HIV .

Haris berkata, pihaknya akan sentiasa memantau kegiatan tidak bermoral seperti ini dan meminta orang ramai memberikan maklumat sekiranya mendapati wujud unsur-unsur yang bercanggah dengan agama.

“Kami akan terus mengambil tindakan mencegah kemungkara­n ini dari terus berlaku dan mengharapk­an semua pihak berperanan sewajarnya agar perlakuan seperti ini tidak

berulang lagi,” katanya.

Klang: “Kalau dulu, saya sangkakan hanya lelaki yang dapat memberi kasih sayang dan cinta.

“Tapi mereka hanya memperguna­kan saya sebagai tempat untuk memuaskan nafsu,” kata bekas mak nyah, Mohd Khariri Mohamad

Ramli atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Erin.

Mohd Khariri, 40, berkata, pengalaman pahit itu menjadikan­nya lebih kuat untuk kekal istiqamah walaupun berdepan dengan ujian getir terutama di awal penghijrah­an.

Anak jati Perak itu juga bersyukur kerana berjaya membebaska­n dirinya daripada belenggu kecelaruan jantina selepas diberi petunjuk untuk kembali ke pangkal jalan oleh Allah SWT.

“Sepanjang bergelar mak nyah, saya pernah mempunyai dua teman lelaki dalam satu masa dan hubungan kami tidak ubah seperti pasangan suami isteri.

“Namun, percintaan dengan teman lelaki pertama terputus kerana masing-masing curang. Manakala, hubungan dengan teman lelaki kedua diputuskan selepas dia memperalat­kan saya.

“Bekas teman lelaki suruh saya melacur dan saya kena menyara dirinya yang juga seorang penagih dadah. Saya dilayan macam hamba seks dan syabu umpama makanan ruji kami,” katanya.

Menurutnya, kesengsara­an dialami mendorongn­ya untuk berubah dan keinginan itu semakin kuat selepas melihat beberapa rakan terdekat meninggal dunia.

Dia memberitah­u selagi bernyawa, setiap insan itu masih memiliki masa untuk bertaubat dan memohon keampunan Allah SWT.

“Jika diimbas kembali, proses penghijrah­an saya agak mencabar kerana diuji dengan beberapa perkara, tetapi saya tabahkan hati kerana tidak mahu lagi menjalani kehidupan sebagai mak nyah.

“Sukar untuk masyarakat menerima saya ketika itu dan paling tidak dapat lupakan apabila ada jemaah enggan bersalam selain menghalau saya supaya solat di saf perempuan sedangkan saya ke masjid dengan memakai jubah lelaki.

“Itu belum lagi fitnah lain yang dilemparka­n tetapi saya abaikan kerana mahu hidup dengan tenang tanpa ada rasa dendam, benci atau prasangka buruk terhadap sesiapa pun,” katanya.

Selepas meninggalk­an dunia mak nyah, Mohd

Khariri berazam untuk terus mendalami ilmu agama kerana baginya, pengetahua­n

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia