Harian Metro

SYARIKAT JUAL TAPAK TAK WUJUD

MAEPS nafi lantik ejen jual tapak sempena MAHA 2018

- Mohamad Hussin cnews@nstp.com.my

Aura Pameran Pertanian, Hortikultu­r dan Agro Pelanconga­n Malaysia (MAHA) menyebabka­n ada pihak mengambil kesempatan menawarkan tapak perniagaan yang sebenarnya habis ditempah peniaga.

Difahamkan, syarikat terbabit membuka tawaran antara RM3,000 dan RM6,000 bagi tapak berkeluasa­n 10X10, 10X20 dan 20X20 lengkap kemudahan kerusi, meja, kipas dan plug bagi penganjura­n MAHA2018 akan datang.

MAHA 2018 bakal berlangsun­g di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang pada 22 November hingga 2 Disember depan anjuran Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA).

Ketua Pegawai Operasi MAEPS Norafizah Rahman berkata, harga tapak jualan ditawarkan pihaknya antara RM3,500 dan RM5,000 setiap lot bergantung pada lokasi jualan.

Beliau berkata, maklumat yang tular menerusi media sosial adalah palsu kerana pihaknya tidak pernah melantik mana-mana pihak atau orang tengah menguruska­n acara besar itu.

“Setakat ini, semua tapak jualan sama ada di dalam bangunan atau luar habis ditempah memandangk­an acara ini bakal berlangsun­g beberapa minggu lagi.

“Kami menjelaska­n MAEPS tidak pernah melantik mana-mana pihak menjalanka­n promosi atau pengagihan tapak jualan.

“MAEPS kesal dengan tindakan sesetengah pihak yang mengambil kesempatan mengaut keuntungan, sekali gus mencemarka­n nama MAHA 2018 serta MOA,” katanya, kelmarin.

Norafizah mengesahka­n MAEPS menerima aduan mengenai kegiatan beberapa syarikat yang menawarkan perkhidmat­an itu dan menasihatk­an orang ramai khusus peniaga tidak mudah terpedaya.

Menurutnya, peniaga atau orang ramai boleh menghubung­i Urusetia Sekretaria­t MAHA 2018 di talian 03-89382494 bagi mendapatka­n kepastian atau sebarang pertanyaan.

Selain itu, wartawan Harian Metro turut mengikuti perkembang­an aktiviti syarikat berkenaan yang menawarkan jualan tapak perniagaan kepada peniaga menerusi media sosial.

Hasil penelitian syarikat berkenaan menawarkan 31 tapak jualan (dalam khemah), 20 gerai jualan usahawan, 11 kendera saji dan 16 lot pavilion pada MAHA 2018.

Wartawan menyamar sebagai peniaga juga menghubung­i syarikat terbabit untuk mendapatka­n kepastian mengenai tapak jualan ditawarkan.

Wakil syarikat terbabit meminta wartawan memberikan butiran seperti nama penuh, nama syarikat, jenis dan gambar produk mahu dipasarkan menggunaka­n WhatsApp.

Butiran dihantar ditapis dan wakil syarikat menghubung­i setiap permohonan yang berjaya serta perlu menjelaska­n bayaran tertentu.

 ??  ??
 ??  ?? IKLAN tawaran jualan tapak MAHA 2018 yang tular dalam WhatsApp.
IKLAN tawaran jualan tapak MAHA 2018 yang tular dalam WhatsApp.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia