Harian Metro

MARSHA KIKIS RASA TAKUT

Marsha beri komitmen hampir empat bulan untuk Tujuh

-

Penantian panjang lima tahun akhirnya bernoktah apabila filem lakonannya, Tujuh menemui penonton sejak Rabu lalu.

Memainkan watak Suri, insan naif dan lemah lembut hingga menjadi mangsa kerakusan manusia bertopengk­an ‘syaitan’ ternyata mencabar kemampuan Marsha Milan.

Menurut anak jati Tamparuli, Sabah itu, paling tidak dapat dilupakan dia menjayakan babak aksi di atas kren.

“Saya terpaksa naik kren untuk babak terhumban ke dalam gaung. Bayangkan ketika itu saya berada pada ketinggian menyamai 10 tingkat bangunan.

“Saya tidak tahu pun ada pelakon lagak ngeri dan dari awal lagi memang kru mahu saya lakukannya sendiri supaya ia nampak nyata.

“Banyak kali juga ulang babak itu apatah lagi saya gayat dengan ketinggian. Tuhan saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Memang sangat mencabar,” katanya.

Selain Marsha, filem seram triller itu turut dibintangi Johan As’ari, Pekin Ibrahim, Riz Armin, Siti Saleha, Aeril Zafrel, Deedee Nash dan Christina Suzanne.

Tambah penyanyi lagu Untuk Terakhir Kali itu, antara cabaran lain yang perlu dilalui adalah mempelajar­i bahasa Orang Asli.

“Filem ini mengambil kira banyak aspek. Sebelum menjalani penggambar­an saya masuk kelas khas untuk belajar bahasa Orang Asli bersama Wan Hanafi Su yang membawa watak Tok Batin yang juga bapa Suri.

“Sebelum ke lokasi penggambar­an, kami mengikuti kelas lakonan di bawah bimbingan Ellie Suriaty. Filem ini sangat menitikber­atkan persediaan sebelum penggambar­an. Secara keseluruha­n, saya memberikan komitmen hampir empat bulan sehingga proses penggambar­an selesai,” katanya yang menjalani penggambar­an filem terbabit di Cameron Highlands, Pahang.

Demi memastikan filem terbabit berjaya diterjemah­kan dengan baik, Marsha melawan segala perasaan takut dan bimbang yang bersarang di tangkai hatinya demi mendapatka­n hasil terbaik.

“Saya penakut orangnya. Kalau menonton filem seram, saya mesti tutup mata.

“Jadi, untuk filem ini memang saya reda dan ber

Filem ini mengambil kira banyak aspek. Sebelum menjalani penggambar­an saya masuk kelas khas untuk belajar bahasa Orang Asli bersama Wan Hanafi Su yang membawa watak Tok Batin yang juga bapa Suri

MARSHA

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia