Harian Metro

Sambung reman suspek bunuh rakan

-

Kuantan: Mahkamah Majistret di sini, semalam, membenarka­n permohonan sambungan reman selama enam hari hingga Jumaat ini terhadap suspek lelaki yang dipercayai membunuh pembantu tadbir Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kuantan pada 2 November lalu.

Perintah reman dikeluarka­n Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Norita Md Noh.

Permohonan itu dibuat bagi membolehka­n suspek berusia 35 tahun yang juga rakan kepada mangsa disiasat lebih lanjut bagi melengkapk­an siasatan mengikut Seksyen 302

Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Noor Yusof Ali, ketika dihubungi mengesahka­n permohonan sambungan reman yang dibuat pihaknya.

Dalam kejadian jam 10.30 malam, mangsa M Suhairi A Wahab, 35, ditemui di atas tilam dengan dilitupi kain putih selepas berlaku kebakaran di bilik tidur utama di rumahnya di Lorong Pandan Indah 1/3, Perumahan Pandan Indah di sini.

Siasatan lanjut mendapati terdapat kesan kecederaan di kepala dan muka mangsa selain kesan kebakaran di bahagian badannya dipercayai dibunuh menggunaka­n objek tumpul sebelum bilik tidurnya dibakar.

Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Pahang mengesahka­n motif kejadian berkait rapat dengan hutang selain masalah peribadi antara mangsa dan suspek yang juga rakannya.

Difahamkan, berlaku pertengkar­an dalam rumah apabila mangsa desak suspek untuk bayar hutang sebelum mangsa dibunuh dengan kejam.

 ??  ?? LAPORAN Metro Ahad 4 November. SUSPEK diiringi dua anggota polis keluar dari Mahkamah Majistret Kuantan selepas mendapat perintah sambung reman selama enam hari, semalam.
LAPORAN Metro Ahad 4 November. SUSPEK diiringi dua anggota polis keluar dari Mahkamah Majistret Kuantan selepas mendapat perintah sambung reman selama enam hari, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia