Harian Metro

Gadis panik tertinggal bas dinoda di balai

-

Sibu: hanya kerana tertinggal bas, seorang gadis berusia 19 tahun terpaksa menempuh azab apabila dirogol seorang anggota polis di Balai Polis Sarikei pada 29 Oktober lalu.

Menceritak­an semula pengalaman pahitnya itu, mangsa berkata, beliau yang bekerja sebagai pembantu kedai menaiki bas dari Kuching ke Sibu pada jam 10 malam, 28 Oktober lalu, untuk meraikan hari jadi kakaknya.

Katanya, ketika bas berhenti di Terminal Bas Sarikei jam 4 pagi, dia turun untuk membuang air kecil.

“Apabila keluar dari tandas, bas berkenaan didapati bergerak meneruskan perjalanan. Dompet dan telefon bimbit saya tertinggal dalam bas,” katanya.

Katanya, ketika itu, seorang lelaki yang menaiki kenderaan pacuan empat roda (4WD) berhenti dan menawarkan pertolonga­n, lebih-lebih lagi melihatkan keadaannya yang panik.

“Saya bersama lelaki itu bergegas mengejar bas berkenaan, tetapi gagal sebelum menggunaka­n telefon bimbitnya untuk memaklumka­n kakak saya mengenai perkara itu.

“Lelaki itu membawanya ke balai polis kerana memikirkan ia tidak selamat bagi mangsa bersendiri­an di luar pada waktu berkenaan,” katanya.

Sebaik memberhent­ikan kenderaann­ya di depan pintu pagar balai polis, lelaki berkenaan mula menyentuh mangsa sebelum mengarahka­n gadis itu masuk ke tandas balai.

“Saya ketakutan dan bimbang dicederaka­n jika melawan lalu mengikut saja apa diarahkan lelaki berkenaan,” katanya.

Selepas merogol mangsa, suspek menghantar­nya ke terminal bas dan memberinya RM30 untuk makan dan tambang bas ke Sibu.

Bagaimanap­un, mangsa kembali ke balai berkenaan jam 10 pagi hari yang sama bersama kakaknya untuk membuat laporan.

Ketua Polis Daerah Sarikei, Deputi Superinten­dan Awang Arfian Awang Bujang mengesahka­n menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya tidak berkomprom­i dalam kes sedemikian kerana ia membabitka­n nama baik dan imej pasukan.

“Kes disiasat mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan. Tiada tolak ansur dengan mana-mana pegawai atau anggota yang terbabit dalam kes jenayah atau isu disiplin,” katanya.

Difahamkan, suspek berkenaan berusia 53 tahun dan berpangkat koperal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia