Harian Metro

Penunggang motosikal maut

-

Penunggang motosikal maut selepas terbabit dalam kemalangan dengan kereta di Kilometer 4.5 Jalan Kuala Ketil-Parit

Panjang berdekatan Kampung Tembak B, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 7.45 malam itu, Mohd Rifaie Yahaya, 33, dari Kampung Banggol Serdang, Tembak B maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Baling Superinten­dan Shariffudd­in Yusof berkata, mangsa menunggang motosikal Honda Dash dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari arah Kuala Ketil menuju Parit Panjang.

Menurutnya, mangsa dipercayai masuk ke laluan bertentang­an sebaik tiba di lokasi kejadian dan melanggar kereta Proton Waja yang datang dari arah hadapan.

“Akibat pertembung­an itu, mangsa terjatuh ke bahu jalan dan meninggal dunia,” katanya.

Shariffudd­in berkata, pemandu kereta, Mohamad Fauzi Puteh, 40, dari Kampung Tembak A pula tidak cedera.

Menurutnya, mayat Mohd Rifaie dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani untuk proses bedah siasat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia