Harian Metro

Ditahan lepas buat aksi Superman, wheelie

-

Aksi Superman dan wheelie dipersemba­hkan empat remaja menyebabka­n mereka ditahan kerana menunggang motosikal secara berbahaya di Lebuhraya Duta Ulu Kelang (DUKE) di sini, kelmarin.

Empat remaja lelaki termasuk dua pelajar tingkatan dua berusia 14 tahun itu ditahan dalam Op Samseng Jalanan dijalankan Unit Risikan dan Operasi, Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur jam 1.30 pagi.

Selain dua pelajar itu, seorang lagi ditahan adalah penuntut institusi pengajian tinggi swasta manakala seorang lagi bekerja sendiri.

Operasi itu diketuai Asisten Superinten­dan Ahmad Fuad Mahmod.

Ketua JSPT Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, sebelum ditahan empat remaja terbabit sudah dua kali melakukan pusingan perlumbaan di Lebuhraya DUKE membabitka­n laluan antara Kampung Padang Balang dan Gombak.

 ??  ?? PENUNGGANG motosikal membuat aksi Superman sebelum ditahan.
PENUNGGANG motosikal membuat aksi Superman sebelum ditahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia