Harian Metro

Ruhainies dilamar Mr E di Itali

-

Kuala Lumpur: Pelakon Ruhainies mengakui sudah dilamar kekasihnya yang dikenali sebagai Mr E ketika bercuti di Itali baru-baru ini.

Ruhainies, 26, atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas berkata, lamaran itu dibuat sempena genap setahun perkenalan mereka.

“Saya tidak menjangka dia lamar saya dengan berlatarbe­lakangkan Plaza Duomo Milan. Ayat

yang diungkapka­n membuatkan saya terharu dan berasa sangat bahagia. Malah, hingga sekarang masih terngiang-ngiang lagi ungkapan indah itu.

“Banyak kali dia cakap. Saya fikir dia bergurau. Apabila sampai di London, dia buat kejutan dengan menghadiah­kan sebentuk cincin yang ditempah khas.

“Saya seakan berada dalam dunia dengan layanan istimewa itu. Dia sangat sempurna di mata saya,” katanya kepada Harian Metro.

Ruhainies berkata, Mr E yang juga ahli perniagaan dan menetap di London itu berbeza daripada lelaki yang pernah dikenaliny­a sebelum ini.

“Saya tak pernah berasa curiga dengan kejujurann­ya. Bersamanya saya rasa sangat selamat dan disayangi,” katanya.

Ditanya mengenai perancanga­n menamatkan zaman bujang, Ruhainies berkata, belum ada sebarang perbincang­an lanjut membabitka­n kedua belah pihak.

 ??  ?? R U HAI N I E S
R U HAI N I E S

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia