Harian Metro

Kru filem kena dakwa

-

„ Dua hadapi pertuduhan edar dadah jenis syabu dan heroin

Dua kru sebuah syarikat penerbitan drama dan filem tempatan didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas tuduhan mengedar dadah jenis syabu dan heroin di Bandar Darulaman, bulan lalu.

Tertuduh, Muhammad Farhan Hashim, 26, dan rakannya, Noor Hafizah Mohamad Sukri, 25, yang kedua-duanya berasal dari Alor Setar, hanya mengangguk faham apabila pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Hadi Hakimi Harun.

Berdasarka­n kertas pertuduhan, bagi pertuduhan pertama, kedua-dua mereka didakwa mengedar dadah jenis methamphet­amine (syabu) seberat 255.97 gram di Taman Suasana Permai, Bandar Darulaman pada jam 4 petang, 30 Oktober lalu.

Bagi pertuduhan kedua pula, mereka didakwa mengedar dadah jenis heroin seberat 101.27 gram pada tarikh, waktu dan lokasi yang sama seperti pertuduhan pertama.

Oleh itu, mereka didapati melakukan kesalahan mengikut

 ??  ?? KEDUA-dua tertuduh dibawa keluar dari pekarangan mahkamah.
KEDUA-dua tertuduh dibawa keluar dari pekarangan mahkamah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia