Harian Metro

Netizen luah rasa berang

-

Kuala Lumpur: Kematian bayi berusia 11 bulan, Nur Muarzara Ulfa Muhammad Zainal atau panggilan manjanya Zara, dipercayai akibat didera secara fizikal dan seksual mencetuska­n kemarahan netizen yang mengecam perlakuan itu.

Menerusi laporan Harian Metro di laman sesawangny­a mengenai kejadian itu, ia mendapat lebih 3,000 perkongsia­n dan lebih 1,800 komen di Facebook (FB).

Netizen meluahkan kemarahan mereka terhadap perbuatan keji ke atas bayi berkenaan sejak berita itu dimuat naik kira-kira 11 malam kelmarin.

Pengguna FB dengan nama Raiden Agie Puwengen berharap pengasuh bayi berkenaan yang dipercayai terbabit kes itu mendapat hukuman setimpal.

“Harap pengasuhny­a juga dapat hukuman setimpal kerana bayi di bawah jagaannya, macam mana suami dia boleh buat begitu, di mana pengasuh itu berada ketika kelakuan kejam belaku? Takkan tak dengar tangisan bayi tersebut,” tulisnya pada ruangan komen.

Selain itu, ada antara netizen termasuk Jameeyla Roza yang mengaitkan kejadian itu dengan keputusan positif dadah Methamphet­amine yang dijalankan terhadap suami pengasuh berkenaan mendorong kepada kes penderaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia