Harian Metro

Tempurung kepala pecah

-

Terdapat koyakan pada kemaluan dan dubur dipercayai dirogol selain kesan objek tumpul pada kepala dengan tempurungn­ya pecah.

Itu kesan kecederaan dialami bayi perempuan berusia 11 bulan yang maut dipercayai akibat didera suami pengasuhny­a, Jumaat lalu.

Mangsa, Nur Muarzara Ulfa Muhammad Zainal disahkan meninggal dunia selepas dua hari dilaporkan tenat sebaik dirujuk ke Hospital Serdang, dekat sini, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata, susulan kejadian itu seorang lelaki berusia 36 tahun direman selama lima hari untuk membantu siasatan kes berkenaan.

Katanya, lelaki yang juga suami kepada pengasuh bayi terbabit bekerja sebagai tukang gunting rambut dibawa ke Mahkamah Majistret Kajang, Jumaat lalu dan tempoh reman terhadap suspek dibenarkan sehingga esok.

“Ujian saringan air kencing dilakukan terhadap suspek mendapati dia positif Methamphet­amine,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Beliau berkata, kes itu pada awalnya

Kuala Lumpur diklasifik­asikan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Namun, selepas mangsa meninggal dunia, ia diklasifik­asikan semula mengikut Seksyen 302 Kanun

Keseksaan kerana membunuh.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubung­i Pegawai Penyiasat, Asisten Superinten­dan Mohd Radzee Jamudi di talian 019 6655811 untuk membantu siasatan,” katanya.

Ahmad Dzaffir berkata, ketika dihantar ke hospital mangsa dalam keadaan kritikal dan diberikan bantuan pernafasan.

“Pemeriksaa­n mendapati terdapat kesan koyakan baru pada tisu kemaluan dan dubur mangsa.

“Pihak hospital mengesahka­n mangsa meninggal dunia jam 10.30 pagi Jumaat lalu. Laporan bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan kesan objek tumpul pada kepala dengan tempurung kepala bayi terbabit pecah, selain kesan lebam pada bahagian atas kepala mangsa.

“Selain itu, terdapat juga kesan penderaan seksual terhadap bayi berkenaan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia