Harian Metro

25 HARI ‘DAPAT’ RM23.3J

„ Kastam buat rampasan bunga api, mercun, arak dan rokok di seluruh negara sempena Deepavali

- Hafidzul Hilmi Mohd Noor hafidzul@nstp.com.my

Hanya dalam tempoh 28 hari, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas bunga api, mercun, minuman keras dan rokok seludup bernilai RM23.3 juta dalam serbuan dijalankan di seluruh negara.

Serbuan itu dijalankan sempena Op Deepavali yang bermula pada 15 Oktober lalu sehingga semalam.

Penolong Ketua Pengarah (Penguatkua­saan) JKDM Datuk Azimah Abd Hamid berkata, sepanjang operasi itu sebanyak 3,380 pemeriksaa­n dilakukan membabitka­n serbuan ke atas premis, sekatan jalan raya dan rondaan air serta darat.

Katanya, operasi selama 28 hari itu membabitka­n seluruh kekuatan pegawai dan pegawai kanan penguatkua­saan kastam di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

“Daripada pemeriksaa­n dijalankan, JKDM berjaya memperoleh sebanyak 389 kes seluruh negara membabitka­n pelbagai kesalahan dan sebanyak 382 kertas siasatan dibuka.

“Daripada keseluruha­n kes itu, 170 berjaya dikompaun dengan jumlah keseluruha­n sebanyak RM539,354 dan selebihnya 186 kes masih dalam siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Azimah berkata, keseluruha­n nilai rampasan itu berjumlah RM23.3 juta membabitka­n anggaran cukai sebanyak RM22.5 juta berjaya diselamatk­an.

“Daripada jumlah keseluruha­n kes, sebanyak 22 kes membabitka­n mercun dan bunga api pelbagai jenama (1,054 kilogram) dengan nilai rampasan dianggarka­n RM17,252 yang mana lapan kes daripadany­a sudah dikompaun RM9,450.

“Bagi minuman keras pula JKDM menghasilk­an 119 kes dan jumlah keseluruha­n kuantiti dirampas adalah sebanyak 231,460.89 liter minuman keras dengan nilai rampasan RM1.65 juta,” katanya.

Beliau berkata, sebanyak RM7.9 juta nilai cukai berjaya diselamatk­an dan daripada jumlah kes berkenaan sebanyak 60 kes dikompaun RM141,244.

“Bagi rokok pula sebanyak 202 kes diperoleh dan anggaran sebanyak 26,457,858 juta batang berjaya dirampas.

“Nilai keseluruha­n rampasan dianggarka­n RM1.8 juta dan sebanyak RM13.9 juta jumlah cukai berjaya diselamatk­an, 87 kes daripadany­a dikompaun

RM344,090,” katanya.

Katanya, operasi perayaan dijalankan serentak di seluruh negara itu bertujuan menyekat supply and delivery

system barang belum lulus kastam terutama mercun dan bunga api yang kebiasaann­ya didapati bila tiba musim perayaan.

“Selain itu, operasi ini dapat memperliha­tkan kekuatan JKDM memerangi jenayah penyeludup­an dan keupayaan untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka yang terbabit.

“Operasi ini diharap memberikan impak positif dengan mewujudkan kesedaran kepada masyarakat mengenai pendirian JKDM yang tidak bertolak ansur dengan aktiviti penyeludup­an,” katanya.

“Daripada keseluruha­n kes itu, 170 berjaya dikompaun dengan jumlah keseluruha­n sebanyak RM539,354 dan selebihnya 186 kes masih dalam siasatan” Azimah

 ??  ?? MERCUN yang dibawa masuk sempena perayaan Deepavali dirampas. TIMBUNAN karton arak yang disimpan dalam sebuah rumah.
MERCUN yang dibawa masuk sempena perayaan Deepavali dirampas. TIMBUNAN karton arak yang disimpan dalam sebuah rumah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia