Harian Metro

Raub, Lipis tenggelam dek banjir

-

Seramai 144 orang daripada 37 keluarga di kawasan Raub dan Lipis dipindahka­n ke pusat pemindahan sementara (PPS) selepas kampung mereka dinaiki air, semalam.

Menurut portal info bencana banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), mangsa paling ramai direkodkan di Kampung Ulu Atok, Raub membabitka­n 121 orang daripada 30 keluarga yang ditempatka­n di PPS Sekolah Kebangsaan (SK)

Ulu Atok.

“Seramai 15 mangsa daripada enam keluarga pula ditempatka­n di PPS Lubuk Kulit manakala satu keluarga membabitka­n lapan mangsa di PPS Balai Raya Kampung Lalang di daerah Lipis,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang Kolonel (PA) Zainal Yusoff berkata, operasi memindahka­n mangsa dilaksanak­an secara bersepadu membabitka­n pelbagai agensi.

“Ia membabitka­n Polis Diraja Malaysia (PDRM), APM, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), JKM dan penduduk kampung.

“Mangsa dipindahka­n bagi mengelakka­n sebarang kejadian tidak diingini berlaku,” katanya di sini, semalam.

 ??  ?? WANITA warga emas dibantu anggota penyelamat berpindah selepas rumah dinaiki air.
WANITA warga emas dibantu anggota penyelamat berpindah selepas rumah dinaiki air.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia