Harian Metro

Lokasi SAR diperluas 10 kilometer

- Nor Amalina Alias cnews@nstp.com.my

“Saya harap berlaku keajaiban dan anak saya ditemui selamat,” kata Wan Yah Wan Yaakub, 53, ibu kepada Konstabel Wan Mohamad Ariff Wan Yahya, 28, yang dikhuatiri lemas di Sungai Paka, dekat Kampung Baru Penyiram, Durian Mentangau, Dungun.

Anggota Balai Polis Paka, Terengganu itu tergelinci­r dalam sungai berkenaan ketika mengejar seorang suspek berusia 39 tahun bersama tiga lagi rakannya, jam 8.30 malam Jumaat lalu.

Wan Yah yang terlantar sakit buah pinggang berkata, dia hanya mengetahui kejadian menimpa anaknya jam 12 tengah malam hari kejadian, selepas dimaklumka­n ahli keluarga terdekat.

Katanya, perasaanny­a bercampur baur sebaik dimaklumka­n kejadian itu namun enggan terlalu memikirkan perkara buruk kerana tidak mahu kesihatann­ya terjejas.

Berikutan itu dia mengharapk­an keajaiban dan berdoa supaya Allah menemukan anaknya dalam keadaan selamat.

“Kali terakhir saya bercakap dengannya minggu lalu dan dia bersungguh-sungguh mengajak saya sekeluarga melawatnya di Paka, Terengganu.

“Saya beritahu belum boleh berjalan jauh kerana masih lemah. Jika saya tahu itu permintaan terakhir anak, pasti saya menunaikan­nya dan sanggup ke sana,” katanya di Kampung Wakaf Merah, Tendong di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Wan Yah berkata, anak keempat daripada tujuh beradik itu turut berkelakua­n pelik apabila kerap mencium dan memeluknya apabila pulang ke sini, sejak beberapa bulan lalu.

“Kali terakhir dia balik pada Oktober lalu yang mana dia sempat beli udang untuk saya makan kerana ketika itu saya baru lepas menjalani pembedahan tiroid,” katanya.

Wanita itu berkata, anaknya memang meminati kerjaya polis dan tahun ini adalah tahun ketiga dia berkhidmat.

“Pada hari kejadian, ada juga saya menelefonn­ya kerana seorang cucu merengek mahu bercakap dengan dia yang dipanggil Pak Lang, tetapi dia tidak menjawab panggilan itu.

“Biasanya dia akan hubungi saya semula atau memberi pesanan ringkas, tetapi hari itu dia tidak buat demikian,” katanya mengakui tidak sedap hati apabila tidak menerima pesanan ringkas itu.

Sehingga petang semalam, operasi mencari dan menyelamat­kannya masih diteruskan.

Dungun: Operasi mencari Koperal Wan Mohamad Ariff Wan Yahaya dan seorang lelaki berusia 39 tahun yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh Sungai Paka di Kampung Baru Penyiram, Durian Mentangau di sini, Jumaat lalu diperluask­an hingga 10 kilometer di sepanjang sungai itu.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superinten­dan Baharudin Abdullah berkata, operasi yang masuk hari ketiga itu membabitka­n 100 anggota pelbagai agensi dengan meneruskan pencarian di permukaan dan dasar sungai termasuk di kawasan celah akar pokok.

“Operasi mencari mangsa berdepan kesukaran berikutan hujan dan arus kuat menyukarka­n usaha pencarian di dasar sungai.

“Kami turut mendapatka­n khidmat bantuan dua anjing pengesan dari Unit Anjing Pengesan Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya.

“Khidmat anjing pengesan ini akan digunakan selepas hujan reda dan hingga jam 5.30 petang ini (semalam) kedua-dua mangsa belum ditemui,” katanya di sini, semalam.

Baharudin berkata, operasi mencari mendapat kerjasama pelbagai agensi termasuk bomba, polis, Angkatan Pertahanan Awam dan penduduk kampung.

Dalam kejadian jam 8.30 malam Jumaat lalu, Wan Mohamad Ariff, 28, yang bertugas di Balai Polis Paka dan suspek dikejarnya dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai itu.

Sebelum kejadian, mangsa bersama tiga rakan setugas, Koperal Mohd Sayuti Sani, 35, Koperal Mohd Nor Fazli Ibrahim, 31, dan Konstabel Zazali Omar, 33, mengejar suspek yang dipercayai terbabit dalam kes pecah rumah dan curi kenderaan.

Sementara itu, bapa mentua mangsa, Syed Abdul Aziz Syed Mahadi, 57, berkata, Wan Mohamad Ariff menantu yang baik dan berbudi bahasa serta kejadian menimpa menantunya sangat menyedihka­n mereka sekeluarga.

“Dia menantu yang sangat baik dan kami sekeluarga anggap dia macam anak sendiri. Walau apa pun terjadi, saya berdoa agar menantu saya segera ditemui,” katanya yang tinggal di Kampung Gunung Bachok, Kelantan.

Syed Abdul Aziz berkata, selepas menerima berita sedih menimpa Wan Mohamad Ariff, dia mengadakan solat hajat di beberapa surau dan masjid di kampungnya supaya menantunya segera ditemui.

 ?? Wan Yah Wan Yaakub
FOTO: ROSLI ILHAM ?? PASUKAN mencari dan menyelamat memperluas­kan kawasan pencarian kedua-dua mangsa termasuk di tebing sungai dan di celah akar pokok.
Pada hari kejadian, ada juga saya menelefonn­ya kerana seorang cucu merengek mahu bercakap dengan dia yang dipanggil Pak Lang, tetapi dia tidak menjawab panggilan itu” PASUKAN penyelamat guna khidmat dua anjing pengesan selepas hujan reda untuk mengesan mangsa.
Wan Yah Wan Yaakub FOTO: ROSLI ILHAM PASUKAN mencari dan menyelamat memperluas­kan kawasan pencarian kedua-dua mangsa termasuk di tebing sungai dan di celah akar pokok. Pada hari kejadian, ada juga saya menelefonn­ya kerana seorang cucu merengek mahu bercakap dengan dia yang dipanggil Pak Lang, tetapi dia tidak menjawab panggilan itu” PASUKAN penyelamat guna khidmat dua anjing pengesan selepas hujan reda untuk mengesan mangsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia