Harian Metro

Dua terlepas tali gantung

- Mary Victoria Dass cnews@nstp.com.my

Seorang penjual ayam dan rakannya menarik nafas lega terlepas hukuman gantung selepas Mahkamah Tinggi di sini semalam, melepaskan dan membebaska­n mereka daripada tuduhan mengedar dadah, dua tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi Johor Bahru Mat Ghani Abdullah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulka­n keraguan munasabah kes pendakwaan terhadap Ang Bu Chuan, 38, dan Mar Soon Kit, 28, di akhir kes pembelaan.

Selepas selesai keputusan, dua sahabat yang masih berstatus bujang dan berasal dari bandar raya ini dilihat kelihatan ceria.

Malah, mereka juga didapati bersalaman bersama tertuduh kes berasingan yang turut berada dalam kandang sama sebagai tanda berkongsi kegembiraa­n.

Mengikut pertuduhan pertama, kedua-dua mereka didakwa mengedar dadah jenis methamphet­amine seberat 126.06 gram di Jalan Idaman Utama, Larkin di sini, pada jam 12.25 tengah malam 13 September 2016.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta sama yang memperuntu­kkan hukuman gantung mandatori, jika sabit kesalahan.

Manakala bagi pertuduhan kedua, kedua-dua mereka didakwa memiliki dadah jenis nimetazepa­m seberat 0.7 gram di lokasi, masa dan tempat sama.

Bagi pertuduhan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 1292) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama yang memperuntu­kkan hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

„ Penjual ayam, rakan bebas tuduhan edar dadah

 ??  ?? ANG dan Mar terlepas hukuman gantung sebagaiman­a diputuskan di Mahkamah Tinggi Johor Bahru, semalam.
ANG dan Mar terlepas hukuman gantung sebagaiman­a diputuskan di Mahkamah Tinggi Johor Bahru, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia