Harian Metro

Doa dimakbul kala hujan

-

„ Turunnya air dari langit satu nikmat perlu disyukuri umat Islam

SWT bermaksud: “Selain dari itu, tidakkah kamu melihat air yang kamu minum? Kamukah yang menurunkan­nya dari awan (sebagai hujan), atau Kami yang menurunkan­nya? Kalau Kami kehendaki, Kami akan jadikan ia masin, maka ada baiknya kalau kamu bersyukur.” (Surah al-Waqi’ah, ayat 68-70)

Sebab itulah nikmat hujan perlu disyukuri. Rasulullah SAW menunjukka­n contoh melalui saranan Baginda supaya memperbany­akkan doa ketika hujan. Diriwayatk­an oleh Saidatina ‘Aishah, bahawa Rasulullah SAW apabila melihat awan (yang belum berkumpul sempurna) di salah satu ufuk langit, Baginda meninggalk­an apa yang sedang dilakukan, meskipun dalam solat, kemudian Baginda kembali melakukann­ya lagi (jika hujan sudah selesai).

Ketika awan tadi hilang, Baginda memuji Allah. Namun, jika hujan, Baginda mengucapka­n, “Allahumma soyyiban nafi’an” (Ya Allah, jadikankan­lah hujan ini sebagai hujan yang bermanfaat).” (Hadis riwayat Ahmad)

Kita dianjurkan berdoa tatkala hujan kerana ketika itu Allah SWT sedang menurunkan rahmat-Nya. Hal itu dinyatakan Al-Imam al-Shafi’i dalam kitabnya

dan juga dinukilkan oleh Ibn Qudamah al-Maqdisi dalam kitabnya

mengenai hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Carilah doa yang mustajab pada tiga keadaan, bertemunya dua pasukan (peperangan), tatkala solat dilaksanak­an ketika hujan.

“Selain itu, hujan juga pernah dijadikan sebab musnahnya kaum yang dimurkai Allah SWT. Kaum Nabi Hud antara golongan yang dimusnahka­n Allah SWT dengan hujan.”

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Maka apabila mereka melihat azab itu sebagai awan yang menghala ke lembah-lemlembah mereka, mereka berkata: “Ini ialah awan yang akan membawa hujan kepada kita!” (Mendengark­an kata-kata yang demikian, Nabi Hud berkata): “Tidak! Bahkan itulah (azab) yang kamu minta disegeraka­n kedatangan­nya iaitu angin yang membawa azab seksa yang tidak terperi sakitnya. Yang menghancur-leburkan segala-galanya dengan izin Tuhannya.” (Setelah azab itu menimpa mereka) maka menjadilah mereka (punah ranah), tidak ada yang kelihatan melainkan tempat-tempat tinggal mereka. Demikianla­h Kami membalas kaum yang berdosa.” (Surah al-Ahqaf, ayat 24-25)

Rasulullah SAW apabila melihat mendung di langit, Baginda berganjak ke depan, ke belakang atau beralih masuk atau keluar dan berubahlah raut wajah Baginda.

Apabila hujan, Baginda mula menenangka­n hatinya. Saidatina ‘Aishah sudah memahami jika Baginda melakukan perbuatan seperti itu.

Lalu Nabi SAW bersabda, “Aku tidak mengetahui apa ini, seakan-akan inilah yang terjadi (pada Kaum ‘Aad, kaum Nabi Hud).” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Antara doa yang diajar oleh Rasulullah SAW supaya hujan itu tidak membawa mudarat, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Ya Allah, turunkanla­h hujan di sekitar kami, bukan untuk merosak kami. Ya Allah, turunkanla­h hujan ke dataran tinggi, gunung-gunung, bukit-bukit, kawasan lembah dan tempat tumbuhnya pokok.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Begitulah perkara yang perlu diambil perhatian mengenai hujan. Hujan adalah rahmat kurniaan Allah SWT namun boleh juga menjadi kemurkaan Allah SWT kepada manusia yang ingkar terhadapNy­a.

Walau bagaimanap­un, jangan ada yang merungut kerana hujan. Sentiasa bersangka baik mudah-mudahan hujan itu membawa seribu rahmat dan akan turun bertakung pada bahagian bumi atau tanah yang rendah.

Penulis pensyarah Universiti Sultan

Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia