Harian Metro

Isteri terpaksa ambil wang suami

-

tidak memberi nafkah yang mencukupi untuk aku dan anakku. Kalau pun cukup disebabkan aku ambil daripada hartanya tanpa pengetahua­nnya. Adakah perbuatank­u itu salah?

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Ambillah daripada hartanya dengan cara yang baik yang cukup untuk engkau dan anak engkau.” (Riwayat al-Bukhari - 2211 dan Muslim - 4574)

Hadis itu menjelaska­n kepada kita keharusan seorang isteri mengambil duit sekadar perlu untuk keperluan dirinya dan anaknya hanya jika suaminya tidak memberi nafkah yang sepatutnya.

Imam al-Nawawi ketika mensyarahk­an hadis itu menyatakan, antara faedah yang boleh diambil daripada hadis berkenaan ialah barang siapa yang ada hak yang sepatutnya diberikan kepadanya dalam keadaan suaminya tidak memberikan haknya (iaitu nafkah), maka harus bagi isterinya mengambil haknya sekadar keperluan tanpa izin suaminya. Itulah mazhab ashab kami. (Rujuk Syarh al-Nawawi ‘ala Muslim 6/141)

Bahkan, boleh kita fahami di dalam hadis berkenaan akan kewajipan seorang suami memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya. Itulah yang dinyatakan oleh Imam al-San’ani di dalam kitabnya

Namun, perlu diingat ia dibenarkan untuk diambil sekadar keperluan saja jika suami tidak memberikan nafkah. Bagaimanap­un, jika suami memberikan nafkah yang secukupnya, maka tidak boleh mengambil duit tanpa izin daripadany­a.

Kami cadangkan supaya duit yang diberikan suami itu yang patut digunakan untuk diberikan kepada ibu bapa.

Kedua, jika duit itu hanya cukup untuk keperluan diri dan anak-anak, maka berbincang­lah secara baik dengan suami.

Perbuatan mengambil secara rahsia tanpa pengetahua­n suami itu ditakuti akan mengeruhka­n lagi suasana dalam rumah tangga.

- Sumber: Al-Kafi Li Al-Fatawi, Pejabat Mufti Wilayah Persekutua­n

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia