Harian Metro

Ketam bunga sudah ‘merajuk’

- Hassan Omar cnews@nstp.com.my

„ Nelayan terpaksa jual secara tempahan berikutan tangkapan berkuranga­n sejak dua tahun lalu

Ketam suri atau lebih dikenali sebagai ketam bunga di perairan Kuala Sungai Baru, Masjid Tanah yang semakin berkuranga­n menyebabka­n nelayan terpaksa menjualnya melalui sistem tempahan.

Jumlah tangkapan ketam yang kian berkuranga­n sejak dua tahun lalu menyebabka­n sistem jualan terus kepada pelanggan tidak lagi dipraktikk­an, sebaliknya ia perlu dibuat melalui sistem tempahan kepada nelayan tempatan.

Melalui sistem tempahan, nelayan menjual ketam hanya kepada pelanggan yang sudah membuat pesanan awal dan tidak akan melayan permintaan pelanggan yang hadir untuk mendapatka­nnya tanpa membuat pesanan.

Nelayan di Kampung Kuala Sungai Baru, Abdul Rahim Abdul Talib, 55, berkata, jumlah ketam bunga di pinggir pantai kampung itu dan kampung lain di sepanjang Kuala Sungai Baru hingga Tanjung Bidara dan Tanjung Dahan, dekat Kuala Linggi, semakin berkuranga­n sejak dua tahun lalu.

“Ketam bunga hidup dalam pasir, tetapi apabila rumahnya (habitatnya) dicemari, ia sukar untuk membiak dan menyebabka­n kami terpaksa berpuas hati dengan jumlah tangkapan yang sedikit.

“Pelanggan yang berhajat makan ketam bunga terpaksa membuat tempahan dan ada kalanya permintaan mereka hanya mampu dipenuhi seminggu atau dua minggu kemudian kerana bukan setiap kali kami turun ke laut, boleh dapat banyak ketam,” katanya.

Dia ditemui sejurus naik ke pantai di kampung itu selepas menarik iaitu perangkap ketam yang dipasang di pinggir pantai bersama anaknya, Mohd Iskandar, 22, semalam.

Abdul Rahim berkata, selain menggunaka­n

kaedah lain menangkap

ketam ialah dengan menggunaka­n jaring yang dipasang dan dibiarkan semalaman di pinggir pantai.

Katanya, ada pelanggan yang menunggu dia naik ke darat, tetapi hampa tidak mampu mendapatka­n ketam kerana hasil tangkapan itu sudah ditempah terlebih awal oleh pelanggan lain.

Bagaimanap­un, dia tidak pernah menaikkan harga ketam bunga iaitu RM15 sekilogram meskipun hidupan laut itu semakin berkuranga­n.

“Kalau dulu saya dan nelayan lain boleh dapat antara lima hingga enam kilogram ketam sekali turun ke laut, tetapi sekarang untuk mendapatka­n dua kilogram pun terlalu susah,” katanya.

Bagaimanap­un, ketam bunga yang baru didaratkan tidak pernah sukar untuk dijual, sebaliknya sentiasa menjadi rebutan ramai berikutan isi ketam segar amat jauh berbeza dengan ketam yang sudah dikenakan air batu.

“Mungkin tiga atau empat tahun lagi ketam di pinggir pantai akan pupus akibat pencemaran dan pemusnahan habitatnya oleh tangan manusia sendiri,” katanya.

 ??  ?? MOHD Iskandar menunjukka­n
hasil tangkapan
ketam.
MOHD Iskandar menunjukka­n hasil tangkapan ketam.
 ??  ??
 ??  ?? ABDUL Rahim (kiri) dan Mohd Iskandar mengumpul ketam suri yang ditangkap.
ABDUL Rahim (kiri) dan Mohd Iskandar mengumpul ketam suri yang ditangkap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia