Harian Metro

Penjara 14 bulan ugut adik ipar

-

Seorang lelaki dihukum penjara 14 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam, kerana mengugut adik ipar yang didakwa menjadi penghalang dia memperoleh wang daripada ibunya.

Keputusan itu dibuat Majistret Abdul Hayyi

Salim selepas tertuduh Mohamad Nor Yanto, 38, mengaku bersalah terhadap pertuduhan.

Mohamad Nor dituduh melakukan ugutan terhadap adik iparnya Noor Fatin Amira Mohd Azmi @ Mohd Rosli, 22, di sebuah rumah dekat Jalan Balai Raya, Kampung Sungai Rengas di sini, jam 12.30 tengah hari, Isnin lalu.

Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Asisten Superinten­dan L Rathna, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mengikut fakta kes, mangsa terdengar suara tertuduh meminta wang daripada ibu mentuanya, namun wanita berkenaan enggan menunaikan permintaan itu.

Berikutan itu, tertuduh dilaporkan naik berang dan memarahi wanita berkenaan serta mendakwa mangsa menjadi penghalang sehingga ibu mentuanya enggan memberikan wang.

 ??  ?? MOHAMAD Nor diiringi anggota polis selepas dijatuhi hukuman penjara.
MOHAMAD Nor diiringi anggota polis selepas dijatuhi hukuman penjara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia