Harian Metro

Kejutan buat anak

- Sharinnaha­r Latib cnews@nstp.com.my

„ Rahmad Mega tampil menyanyi zuriat terima ijazah UMP

Penyanyi rock terkenal era 1990-an, Rahmad Tohak atau Rahmad Mega membuat kejutan untuk anaknya apabila tampil menyanyi di pentas sempena Majlis Konvokesye­n Universiti Malay sia Pahang (UMP) di sini, semalam.

Rahmad tampil pada hari kedua konvokesye­n yang turut menyaksika­n anak sulungnya, Suhazmi Amrin, 23, menerima Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kejurutera­an Elektrik (Elektronik).

Kehadiran Rahmad menyanyika­n lagu Bayangan Gurauan di pentas turut mengejutka­n orang ramai kerana lazimnya, persembaha­n dibuat penghibur dipilih pengurusan universiti.

Suhazmi Amrin yang terharu dengan persembaha­n itu naik ke pentas dan memeluk ayahnya.

Suhazmi Amrin berkata, dia terkejut melihat kehadiran ayahnya menyanyika­n lagu pada hari bersejarah itu dan menghadiah­kan kejayaan membawa pulang ijazah kepada keluarga yang banyak membantu.

Dia melanjutka­n pengajian di peringkat sarjana sains berkata, turut meminati bidang nyanyian namun sekadar hobi.

“Saya bercita-cita menjadi jurutera atau pensyarah suatu hari nanti,” katanya.

Sementara itu, Rahmad berkata, dia bersyukur dengan pencapaian Suhazmi Amrin dan sentiasa memberi galakan supaya terus melanjutka­n pengajian dalam apa jua bidang digemari termasuk kejurutera­an.

“Saya sentiasa menyokong minat anak dan lebih cenderung dalam bidang akademik, malah saya dan isteri sentiasa mendoakan impian mereka tercapai,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA keluarga keturunan Allahyarha­m Hashim Abd Ghani yang juga waris kepada pengasas Kampung Morten berhimpun di Villa Sentosa, Kampung Morten.
ANGGOTA keluarga keturunan Allahyarha­m Hashim Abd Ghani yang juga waris kepada pengasas Kampung Morten berhimpun di Villa Sentosa, Kampung Morten.
 ??  ?? RAHMAD Mega hadir menghiburk­an majlis konvokesye­n Suhazmi Amrin.
RAHMAD Mega hadir menghiburk­an majlis konvokesye­n Suhazmi Amrin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia