Harian Metro

Kesan dulu batu nisan

- Mohd Rafi Mamat cnews@nstp.com.my

„

Usaha mencari batu nisan atau sebarang tanda perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum aktiviti mengali dan memindahka­n lebih 15 kubur lama yang terletak tepi Sungai Belat di Kampung Belukar di sini.

Pakar Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Dr Norzaimah Mohd Idris berkata, kegagalan mengesan tanda menyukarka­n pihaknya melakukan proses memindahka­n kubur terbabit yang tidak pasti ke- dudukannya.

Menurutnya, tumbuhan liar yang banyak terdapat di kawasan perkuburan itu perlu dibersihka­n terlebih bagi mengesan kedudukan dahulu batu nisan yang mungkin menggunaka­n batu sungai.

Katanya, tanda lain yang boleh dijadikan panduan untuk mengesan kubur lama milik penduduk Kampung Belukar ialah arah kiblat selain mungkin maklumat daripada masyarakat setempat.

“Kami sudah memutuskan proses membersihk­an kawasan perkuburan ini akan dilakukan awal tahun hadapan selepas musim tengkujuh bagi tujuan melancarka­n setiap yang dirancang.

“Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Pahang juga bersetuju untuk memulakan aktiviti mengesan kubur lama itu pada Febuari atau Mac tahun hadapan,” katanya semalam.

aktiviti

Beliau berkata demikian selepas melakukan lawatan ke kawasan perkuburan lama berkenaan yang turut disertai Kadi Daerah Abdul Zaki Mohd Zain dan Penolong Jurutera Kanan JPS Pahang Wan Faizah Wan Hussain.

Dr Norzaimah berkata, pihaknya akan mengadakan perbincang­an dengan JAIP sebelum membuat sebarang keputusan bagi memastikan tidak berlaku sebarang masalah serta kesulitan membabitka­n agama.

Sementara itu, Abdul Zaki berkata, kelulusan daripada Jabatan Mufti diperlukan sebelum keputusan memindahka­n kubur terbabit dilakukan kerana haram tindakan memindahka­n kubur tanpa sebarang alasan munasabah.

“Keputusan memindahka­n kubur lama di Kampung Belukar bertujuan untuk memberi laluan kepada projek menaiktara­f Sungai Belat dan pencegahan banjir yang dikendalik­an oleh JPS,” katanya.

 ??  ?? DR Norzaimah (kanan) dan Abdul Zaki (tiga dari kanan) meninjau kawasan kubur lama di Kampung Belukar.
DR Norzaimah (kanan) dan Abdul Zaki (tiga dari kanan) meninjau kawasan kubur lama di Kampung Belukar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia